Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Lembaga Pengampunan Sudah Buat...

KUALA LUMPUR - Lembaga Pengampunan telah membuat keputusan terhadap petisyen bagi pengampunan diraja...

CP150: Afif Amran Muncul...

CUACA hujan dan litar basah di Jasin, Melaka memberi kelebihan buat Ahmad Afif...

Mazlan Dilantik Timbalan Ketua...

PUTRAJAYA - Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Mazlan Lazim...

Kedutaan Myanmar Takut Demo...

KUALA LUMPUR - Hasrat sekumpulan ratusan penunjuk perasaan termasuk rakyat Malaysia untuk menyerahkan memorandum...

Wanita Digigit & Dipukul 21 Kali Oleh Bekas Kekasih

SEORANG wanita mengalami ketakutan seumur hidup selepas bekas kekasihnya yang cemburu telah memukul dan menggigit mukanya sebanyak 21 kali dengan harapan tidak ada lelaki lain yang akan memandang wajahnya lagi selepas ini.

Melody Moon, 25, yang berasal dari Yeovil, Somerset, ketika menceritakan pengalaman ngeri itu berkata, dia telah berpisah dengan Jamie Mitchell, 27, selepas lelaki itu suka mengawal dan bertindak ganas terhadapnya.

Namun tanpa disedari oleh Melody, Jamie menyimpan dendam. Dia telah berpura-pura mengajak Melody datang ke rumahnya kononnya untuk berbincang sesuatu.

“Kau akan mati,’’ kata Jamie dan dia kemudiannya memukul wanita itu hingga rebah dan menjerit kepada Melody dengan menyatakan dia akan makan muka wanita itu supaya tiada lelaki lain yang akan mendekatinya.

Melody yang ketika itu sedang bergelut dengan kesakitan, tidak menyangka sama sekali bahawa Jamie menggigit mukanya, bibir dan telinga.

Pukulan Jamie juga mengakibatkan Melody mengalami kecederaan di bahagian anak mata, patah hidung dan badan.

“Jamie memukul muka saya sebanyak 21 kami. Dia juga menggigit muka saya dan saya dapat rasakan dia cuba makan saya hidup-hidup,’’ katanya.


Jiran yang mendengar jeritan Melody telah menghubungi polis sementara Jamie telah melarikan diri.

Ketika ibu bapanya datang, mereka terkejut dan menangis melihat Melody diperlukan sedemikian rupa.

Jamie akhirnya ditangkap manakala Melody pula selain mengalami ketakutan dan trauma, wajahnya turut mengalami kecacatan kekal terutama di bahagian muka, bibir dan mata. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori