Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Chef Wan Terima Ijazah...

SINTOK - Dua Profesor Adjung di Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima anugerah Ijazah...

Sah! Maszlee Bukan Lagi...

KLUANG - Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik pada Ahad mengesahkan yang beliau sudah...

TDM Meterai Perjanjian Belian...

KUALA TERENGGANU - Anak syarikat milik kerajaan negeri, TDM Berhad menandatangani Perjanjian Pembelian...

Peniaga Bazar Diingat Tidak...

KUALA TERENGGANU : Peniaga bazar Ramadan di negara ini diingatkan agar tidak meletakkan...

Wanita Ditinggalkan Dengan Bil Restoran Yang Mahal

SEORANG wanita telah dikenakan oleh seorang lelaki yang baru dikenalinya melalui laman web untuk berdating ‘Plenty of Fish’, apabila lelaki itu memesan makanan mewah dan kemudiannya melarikan diri.

Ia menyebabkan Diane Guilmette terpaksa membayar bil restoran sebanyak RM700.

Menurut Diane, dia bersetuju untuk bertemu lelaki itu, Paul Gonzales selepas melayari laman web itu dan mereka telah mengatur untuk bertemu di sebuah restoran mewah.

Setibanya di sana, Paul telah memesan hidangan yang mahal namun tidak lama kemudian dia memberi alasan mahu keluar sebentar bagi membuat panggilan telefon.

Bagaimanapun, Paul tidak lagi kembali ke dalam restoran. Meskipun Diane berulang kali menghubungi Paul, namun ia tidak berjawab.

Diane akhirnya terpaksa membayar harga makanan sebanyak RM700 yang dipesan oleh lelaki itu. Dia kemudiannya menceritakan pengalaman buruk itu di dalam media sosial dan turut memuatnaik gambar Paul.


Tanpa disedari Diane, beberapa wanita kemudiannya tampil dan memberitahu bahawa mereka turut terkena dengan Paul dan setiap kali selepas makan, dia akan memberikan pelbagai alasan untuk menghilangkan diri.

Bukan itu sahaja, Paul juga berdepan dengan dua kes mencuri dan turut didakwa melarikan diri selepas memotong rambut di sebuah salon pada Februari lalu. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori