Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

702 Pusat Pengajian Islam...

TEMERLOH – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah melakukan pemeriksaan secara menyeluruh ke...

Pulih Upaya Bertutur Selepas...

STAPLEHURST - Seorang guru sekolah rendah yang hilang keupayaan untuk bertutur selepas diserang...

Polis Trafik Melambung Dirempuh...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis trafik cedera dirempuh sebuah kereta dipandu seorang...

K’jaan P.Pinang Gagal Kemuka...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pulau Pinang gagal mengemukakan dokumen awal yang diperlukan bagi...

Nenek Tawar Wang, Iphone 7 Untuk Menyamar Jadi Anaknya

SEORANG wanita warga emas yang kesunyian, baru-baru ini mendapat perhatian meluas di China selepas memuat naik status di laman sosial bersedia membayar sesiapa sahaja yang boleh menyamar menjadi anak gadisnya.

Li Yanling; 63, mengimpikan untuk bercuti di Hainan, namun dia ketakutan sekiranya pergi bersendirian.

Oleh sebab itu, Li mencari sesiapa sahaja yang sudi menemaninya ke Hainan selain dia sanggup membiaya semua kos pembelanjaan ‘anak gadisnya’ itu.

Tidak sekadar wang, Li turut menawarkan satu unit iPhone 7 kepada individu yang boleh menyamar sebagai anak perempuannya.

“Saya hidup sendirian di Zhengzhou…saya menginginkan seorang gadis yang muda berusia antara 19 hingga 24 tahun yang boleh diajak berbual dan bergambar.

“Saya ingin melihat laut di Sanya pada musim dingin ini, tetapi saya takut pergi sendirian,” tulisnya di aplikasi WeChat.

Posting wanita ini kemudian menjadi viral hingga menyebabkan ramai netizen menawarkan diri untuk menemani Li tanpa perlu dibalas dengan barang atau pun wang ringgit.


“Saya tak perlukan telefon itu tetapi saya boleh menemani awak. Saya akan membayar perjalanan saya sendiri asal saya boleh meringankan kesepian awak,” kata seorang netizen dipetik Shanghaiist.

Difahamkan, Li mempunyai seorang anak perempuan tetapi sudah berpindah di Kanada.

Manakala, suaminya pula pergi mendaki gunung untuk tempoh yang lama.

“Suami saya pergi bersama rakan-rakannya dan saya tidak mahu menyusahkan anak saya,” ujar Li.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori