Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Lim Kok Wing Meninggal...

KUALA LUMPUR - Tokoh pendidikan, Tan Sri Dr Lim Kok Wing, 75, meninggal...

Seorang Lagi Ditahan, Pengarah...

PULAU PINANG - Ketua Pembantu Penguat Kuasa Gred KP22 menjadi pegawai Jabatan Pengangkutan...

Terowong Mega Singapura 20...

CANGGIH... Sistem terowong raksasa yang bakal melindungi keselamatan bekalan elektrik Singapura untuk tempoh...

Cheng Hoe Mahu Pemain...

KUALA LUMPUR - Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mahu anak buahnya mengubah...

Wanita Malaysia Koma Di Turki Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Sharipah Saadah Mohamed, rakyat Malaysia yang koma akibat serangan darah tinggi di Turki baru-baru ini, meninggal dunia di Hospital Bursa Turki awal pagi ini.

Perkara itu disahkan adiknya, Jawahiril Kamaliah Mohamad, 55, ketika dihubungi Bernama hari ini.

“Kakak saya (Sharipah) meninggal dunia pada 3.30 pagi tadi waktu Turki (waktu tempatan 8.30 pagi) kerana mengalami pendarahan otak.

“Urusan pengebumian Allahyarham akan diuruskan oleh pihak hospital Bursa, Turki bersama ahli keluarga serta akan dikebumikan di sana,” katanya.


Jawahiril Kamaliah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat memberi sumbangan bagi membantu menanggung kos perubatan kakaknya di Turki sebelum ini.

Pada 10 Disember lepas, Sharipah Saadah, 57, mengalami pendarahan otak ketika melancong di Turki bersama suaminya Haron Mohd Salleh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori