Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

OP TBC: 6 Pemandu...

SEREMBAN - Seramai enam pemandu bas ekspres dikesan positif dadah dalam operasi bersepadu...

Jentera BN Akan Beri...

MUADZAM SHAH - Jentera Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin...

LHDN Nafi Bentang Sumbangan...

KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini menafikan pembentangan kertas...

Utusan Khas ASEAN Dijadual...

PHNOM PENH: Menteri Luar Kemboja, Prak Sokhonn, dijadual melawat Myanmar dari 20-23 Mac,...

Warga Australia Kapal Layar Terdampar Dijumpai Selamat

KUCHING – Seorang warga Australia yang kapal layarnya terdampar di perairan cetek kira-kira lima batu nautika dari pantai Miri malam tadi dijumpai selamat hari ini.

Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Miri (DM13) pada 5.55 petang semalam menerima laporan bahawa kapal layar “Mishiwa” milik David Lenton, 71, mengalami masalah enjin semasa dalam pelayaran ke destinasi yang tidak diketahui dari Miri.

Lenton dilaporkan seorang diri dalam pelayaran itu.

Muhd Hanizam berkata sebaik menerima laporan, APMM Miri menghantar sebuah kapal untuk menjejaki beliau dan kapal layarnya.

Mereka akhirnya berjaya mengesannya tetapi percubaan untuk menunda kapal layar itu balik ke Miri tidak dapat dilakukan kerana keadaan ombak besar.

Beliau berkata, Lenton dinasihatkan supaya meninggalkan kapal layarnya dan kembali ke Miri dengan menaiki kapal APMM.


“Tetapi beliau menolak untuk berbuat demikian. Jadi pasukan kami mengambil keputusan untuk kembali ke Miri kerana keadaan ombak besar.

“Pagi tadi, seorang kawan Lenton menghubungi kami untuk memaklumkan bahawa beberapa orang nelayan tempatan telah menjumpai beliau,” katanya

Jurucakap itu berkata, oleh kerana pelayar itu dijumpai selamat, APMM Miri mengambil keputusan tidak melancarkan operasi mencari dan menyelamat untuk mencarinya hari ini.

Beliau berkata, Lenton sendiri bertanggungjawab untuk berusaha membawa kapal layarnya kembali ke Miri untuk pembaikan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori