Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

KL Termurah Untuk Bisnes,...

SINGAPURA - Lokasi termurah di rantau Asia Pasifik untuk perniagaan ialah Kuala Lumpur...

Yang Dipertua Dewan Negara,...

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dan Yang...

Wanita Tertua Di Dunia...

WANITA tertua di dunia, Susannah Mushatt Jones dilaporkan telah meninggal dunia pada usia...

Heliza Helmi Ajak Stacy...

BANGSAR - Penyanyi dan pengacara Heliza Helmi menyatakan perasaan terujanya dengan perkhabaran rakan...

Warga Emas Disangka Mati, Muncul Setelah 40 Tahun

SEORANG wanita berusia 82 tahun yang dianggap sebagai mati selama lebih daripada 40 tahun ‘bangkit’ dari kubur dan muncul di depan pintu rumah anaknya.

Jiran menyangkakan wanita berkenaan telah mati akibat dipatuk ular dan telah melakukan ritual penghormatan sebelum meenghayutkan mayatnya ke dalam sungai.

Walau bagaimanapun, warga emas yang dikenali sebagai Vilasa itu mendedahkan bahawa dia tidak mati oleh gigitan ular itu dan hanya tidak sedarkan diri, lapor Mirror memetik Times of India.

Tambah Vilasa lagi, dia tidak mampu mengingati apa-apa selepas kejadian itu termasuk siapa dirinya.

Nasibnya baik apabila diselamatkan oleh nelayan dan menempatkannya di kuil berhampiran.

Oleh kerana mengalami masalah hilang ingatan, Vilasa terpaksa berjauhan daripada keluarga selama 40 tahun sehinggalah ingatannya kembali pulih.

Vilasa kemudian menjejak keluarganya sehingga dia berjaya menemui rumah anak perempuannya, Ram Kumari dan Munni.

Anak Vilasa memberitahu wartawan bahawa mereka dengan pantas mengenali ibu mereka menerusi tanda satu tanda lahir.


“Kami segera mengenalinya dari tanda lahir,” kata salah seorang daripada anak perempuan Vilasa.

Warga Emas Disangka Mati, Muncul Setelah 40 Tahun

Pada 1976, Vilasa dipatuk oleh seekor ular tedung ketika dia sedang bekerja di luar rumahnya di kampung Inayatpur di bandar Majahwan di utara India.

Dia kemudian dikejarkan kepada perawat tradisional berdekatan kampung itu namun tetap ‘gagal diselamatkan’.

Vilasa diumumkan mati dan badannya dibawa ke sungai Ganga dimana ritual terakhir dilakukan sebelum badannya dihanyutkan ke dalam sungai. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori