Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kerja Pembaikan Paip Pecah...

KUALA LUMPUR - Kerja-kerja pembaikan paip pecah yang dijalankan berhampiran MRT Taman Tun...

JPT Tidak Campur Tangan...

PUTRAJAYA - Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) Kementerian Pendidikan tidak akan campur tangan urusan...

Daim Cadang Temu PM...

KUALA LUMPUR – Tun Daim Zainuddin berkata beliau bercadang menemui Perdana Menteri Tun...

APM Selamatkan ‘Si Bulus’...

PENDANG : Bukan sekadar membantu penduduk ditimpa bencana alam, anggota Angkatan Pertahanan Awam...

Warga Emas Ditemui Selamat Selepas Hilang 43 Jam Dalam Hutan

KUCHING – Seorang warga emas yang hilang hampir 43 jam di dalam hutan berhampiran rumahnya di Kampung Sungai Mas Bintawa, Batu 27 Jalan Kuching-Serian, dekat sini ditemui selamat hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Pria Nangkai, 64, dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 11.30 pagi tadi.

“Mangsa ditemui pada jarak 1.5 kilometer dari kampung tersebut. Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) kemudian membawa mangsa ke Hospital Serian untuk mendapat rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata seramai enam anggota bomba, empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), 11 anggota polis serta 29 penduduk kampung terlibat dalam operasi SAR tersebut.


Pada Rabu lepas, Pria dikatakan masuk ke hutan itu kira-kira 4 petang, sebelum laporan kehilangannya dibuat keesokan harinya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori