Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Mangsa Kebakaran Terima Sumbangan...

PELABUHAN KLANG - Sepasang suami isteri yang menjadi mangsa kebakaran rumah di Pangsapuri...

2 Beranak Maut Nahas...

KINABATANGAN - Dua beranak maut dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah kenderaan pacuan...

1MDB: Suami Dedah Umie...

SEPERTI umum mengetahui, suami kepada aktres Datin Seri Umie Aida, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan merupakan...

Potong Anu: Mahkamah Tetap...

KUALA PILAH - Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini menetapkan 25 April depan...

Warga Lahad Datu Teruja Terima Kedatangan Najib

LAHAD DATU – Sejak tersebarnya berita Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan Lebuh Raya Pan Borneo di sini esok, penduduk Lahad Datu begitu teruja dan gembira menunggu kedatangan pemimpin nombor satu negara itu ke daerah ini.

Seorang penduduk Kampung Batu 13 Arita Abbas, 34, menyifatkan kunjungan tersebut bakal membawa harapan kepada penduduk daerah ini yang mahukan pembangunan setara dengan daerah lain yang telah maju.

“Kita di sini sentiasa mengalu-alukan kehadiran Yang Amat Berhormat sebagai tanda sokongan kami kepada PM (Perdana Menteri).

“Kita juga berharap dengan kunjungan ini, beliau akan lebih peduli terhadap sebarang isu dan kekurangan yang ada di Lahad Datu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Suri rumah, Juliana Haddis, 32, pula berkata kunjungan PM itu menunjukkan keprihatinan kerajaan meningkatkan pembangunan daerah ini ke satu tahap yang lebih memberangsangkan.

Dalam pada itu seorang penduduk di Felda Sahabat, Mansur Sulaiman, 30an, berkata kunjungan Najib itu membuktikan pemimpin itu rajin turun padang terutamanya ke Sabah dalam memastikan suara rakyat di negeri ini didengari.


“Pembangunan di negeri ini khususnya di Lahad Datu sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama ke tapak perasmian Lebuh Raya Pan Borneo di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sepagaya sudah 90 peratus siap.

Seorang petugas di tapak perasmian yang juga warga Lahad Datu berkata, “Memang kita letih buat pelbagai persiapan tetapi kita sudah tidak sabar menunggu kedatangan PM.

“Diharapkan kedatangan ini bakal membawa lebih banyak ‘rezeki’ (pelbagai projek pembangunan) kepada penduduk Lahad Datu selain daripada projek Lebuh Raya Pan Borneo,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori