Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jimat Lebih 50% Dengan...

BERITAĀ baik untuk 'kaki travel' atau mereka yang tidak mempunyai pengangkutan sendiri untuk ke...

Nenek Mengamuk, Guru Tadika...

Rasakan...seorang guru tadika yang memukul murid-muridnya tanpa belas ihsan akhirnya menerima balasan apabila...

Tarif Air Melaka Naik...

Ayer Keroh: Kerajaan negeri mengumumkan purata kenaikan tarif air bagi kategori domestik di...

Zahid Mengaku Tidak Bersalah...

TEGAS... Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengaku tidak bersalah atas 45 pertuduhan...

Warga Nepal Didakwa Bunuh Pemandu Lori

TELUK INTAN – Seorang pekerja kilang kelapa sawit warga Nepal dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini di atas pertuduhan membunuh seorang pemandu lori pada awal bulan ini.

Suruj Dev Sah Teli, 32, didakwa membunuh R.Harithas, 34, di rumah mangsa di Kampung Mutiara Batu 10, Jalan Hutan Melintang pada 2.30 pagi, 2 Dis lepas.

Suspek yang telah menetap di negara ini kira-kira 10 tahun dan fasih berbahasa Melayu hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Intan Nurul Farena Zainal Abidin, namun tiada pengakuan direkodkan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman gantung sampai mati jika disabit kesalahan.

Intan Farena kemudiannya menetapkan 13 Jan 2017 sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat ke atas mangsa.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amirul Asyraf Abdul Rashid, manakala suspek tidak diwakili peguam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori