Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

‘Trump’ Kini Di Muzium...

BERLIN - Muzium Lilin Madame Tussaunds di Berlon, Jerman kini telah menerima 'penghuni'...

Filem Ola Bola Kutip...

FILEM setiakawan dalam pasukan bola sepak, Ola Bola yang mula ditayangkan pada 28...

Dua Maut Membabitkan Myvi...

GERIK - Dua maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan...

Majlis Sambutan ‘Birthday’ Mawar...

PENDUKUNG watak antagonis menerusi drama bersiri Tundukkan Playboy Itu yang akan menamatkan siarannya...

Watak Buntat Jadi Bualan Hangat Di Media Sosial

DRAMA lakonan Siti Saleha dan Shukri Yahaya berjudul 7 Hari Mencintaimu menjadi trending di laman sosial sejak kebelakangan ini berikutan kekuatan cerita itu selain kehebatan lakonan para pelakonnya.

drama
Siti Saleha dan Syukri Yahaya teraju utama drama 7 Hari Mencintaimu.

Selain dua nama popular itu, tidak disangka-sangka seorang pelakon kanak-kanak baharu yang memegang watak sebagai Buntat turut menjadi bualan hangat di kalangan netizen.

Watak Buntat yang merupakan seorang kanak-kanak lembam dilakonkan adik Muhammad Ariff Abdullah; 12.

Menurut penerbit drama tersebut, Datuk Ziela Jalil, beliau berasa gembira dengan sambutan hangat yang diterima malah turut memuji lakonan semula jadi adik Muhammad Arif.

“Alhamdullilah, saya seronok apabila mendapat tahu penonton tersentuh dan menyukai watak Buntat. Sebagai penerbit, saya mengagumi lakonan Adik Ariff kerana dia kelihat sangat semula jadi apabila berlakon,” katanya dipetik Harian Metro.

Nama Buntat menjadi trending di Twitter semalam berikutan babak kematiannya yang cukup menyentuh jiwa penonton dengan lakonan cemerlangnya.

buntat1 buntat2


Kebanyakan penonton terhibur dengan lakonan Adik Ariff yang sangat bersahaja walaupun ini merupakan percubaan pertamanya bergelar pelakon.

Selain Adik Ariff, drama ini turut dibintangi Liza Abdullah, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifly, Faye Kusairi dan Ku Hariz. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori