APA sahaja yang dilakukan pelakon Rozita Che Wan pastinya mendapat perhatian di kalangan peminatnya.
Dari isu Che Ta tidak dapat melancong ke luar negara kerana masalah cukai sehinggalah pembelian rumah mewah di Kota Damansara, semua yang dikongsikan oleh Che Ta pastinya pantas meraih perhatian peminat di luar sana.
Terbaharu, aktres berusia awal 40-an itu menyambut ulang tahun kelahiran anak keduanya, Aniq Ezra yang kini genap berusia 18 tahun.
Apa yang menariknya, kek anak terunanya itu merupakan sebuah kek bertemakan gulungan wang yang cukup unik.
Sekali pandang nampak macam kek betul kan, pandai pembuat kek itu menghias macam nampak betul-betul gulungan not RM50 di sekeliling kek tersebut.
Majlis bertemakan warna emas dan coklat itu turut diraikan Che Ta bersama suami, Zain Saidin dan dua lagi anaknya, Ammar Effendy dan Aaisyah Dhia Rana. – MYNEWSHUB.CC