Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pelajar Aceh Protes, Bakar...

BANDA ACEH - Tak habis lagi dengan protes tentang isu salah cetak bendera...

Covid-19: Waspada Dengan Varian...

IPOH - Rakyat negeri Perak dinasihatkan agar berwaspada dan terus memperkasa amalan norma...

Penjawat Awam Kedah Terima...

ALOR SETAR - Sebanyak 5,000 penjawat awam di Kedah akan menerima bonus khas...

SPRM Kumpul Maklumat Ladang...

MELAKA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengumpul maklumat berhubung isu pencerobohan...

Wow! Bos AirAsia Hadiahkan Kereta BMW Kepada Kapten

BOS contoh! Itu pujian yang selayaknya diterima oleh bos syarikat penerbangan tambang murah AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes ini.

Mana tidaknya, dia bukan sahaja menyayangi para pekerjanya tetapi juga sangat menghargai kesetiaan mereka terhadap AirAsia.

Buktinya, baru-baru ini Tony telah berbesar hati menghadiahkan sebuah kereta mewah, BMW hybrid kepada salah seorang kapten yang dikenali sebagai Kapten Omar

Menurut Tony, Kapten Omar telah bersama AirAsia selama 20 tahun sebulan.

“Saya dan @din.meranun (Datuk Kamarudin Meranun – CEO AirAsia)  membuat keputusan untuk menghadiahkan dia BMW hybrid.

“Kami mempunyai juruterbang yang hebat sebagaimana dicontohi oleh Kapten Omar. Nikmati kapten dan terima kasih kepada semua juruterbang saya yang menakjubkan,” tulisnya menerusi laman Facebook.

Wow! Bos AirAsia Hadiahkan Kereta BMW Kepada Kapten


Tony turut memuat naik gambarnya memeluk erat Kapten Omar berlatarbelakangkan sebuah kereta BMW yang berwarna putih.

Sementara itu, rata-rata netizen memuji sikap Tony dan Kamarudin yang disifatkan tidak memandang pekerja sebagai ‘kuli’ sebaliknya aset.

Pun begitu, ada juga netizen percaya penghargaan itu diberikan kepada Kapten Omar berdasarkan percapaiannya dalam syarikat itu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori