Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Rise Nyanyian Katy Perry...

SETELAH hampir dua tahun tidak mengeluarkan lagu baharu, penyanyi Katy Perry kini tampil...

Kerajaan Rayu Kes Lucut...

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang...

140 Juadah Ditawar Hotel...

SEBANYAK 140 juadah beraneka jenis ditawarkan oleh Hotel MITC di Ayer Keroh kepada...

‘Jam 8.30, Mereka Belum...

SEORANG lelaki bernama Kuan Chee Heng kini menjadi sebutan rakyat Malaysia selepas gambarnya...

Wow, Peminat Taja Majlis Resepsi Ke-3 Amyra-Amar

WOW, beruntungnya pasangan pengantin baharu, Amyra Rosli dan Amar Baharin apabila majlis resepsi ketiga mereka di Singapura semalam ditaja sepenuhnya peminat mereka di negara sebarang tambak itu.

Majlis yang diadakan di Hotel East Coast itu berlangsung dengan suasana meriah dihadiri peminat setia kedua-dua pelakon popular berkenaan.

Menurut Amyra majlis ini merupakan permintaan daripada kelab peminat mereka di kota Singa yang disambut dengan penuh terbuka daripada pihaknya dan Amar.

“Perkara ini tidak ada dalam perancangan kami berdua tetapi apabila wakil kelab peminat di sana menyatakan hasrat untuk menaja majlis kami, saya sambut dengan hati terbuka. Malah saya sangat teruja.

“Istimewanya, majlis ini ditaja mereka sepenuhnya. Segala persiapan disediakan mereka, kami hanya bawa diri. Kata orang rezeki jangan ditolak,” kata aktres itu dipetik Harian Metro.


Wow, Peminat Taja Majlis Resepsi Ke-3 Amyra-Amar

Amyra dan Amar sah diijabkabul pada 11 November dan majlis resepsi mereka sudah dijalankan pada 12 dan 19 November lalu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori