Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Ismail Sabri Pertimbang Bentang...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mungkin mempertimbangkan untuk membentangkan...

Kerajaan Peruntuk RM1.2b Tambah...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) disediakan peruntukan berjumlah RM1.2...

Hak Milik Hartanah Kini...

KUALA LUMPUR - Sebuah sistem carian bersepadu yang membolehkan orang ramai menyemak daftar...

“ALLAH Lebih Sayang Mereka”...

PUTRAJAYA - Khutbah khas bertajuk 'Hakikat Luh Mahfuz', di Masjid Putra di sini...

Wow! Wanita Seberat 120Kg Menang Ratu Cantik

MAHKOTA Ratu Vendimia dimenangi oleh gadis berusia 24 tahun, Estefania Correa yang memiliki berat badan 120 kilogram.

Kemenangan Correa sekali gus memecahkan stereotaip ‘Barbie Queen’ dan diskriminasi terhadap wanita berbadan besar.

Corrrea mendapat jolokan ‘ratu antidiskriminasi’ setelah berjaya menewaskan lawannya menerusi ucapan yang disampaikan.

Pertandingan ratu cantik itu adalah sebahagian festival menghasilkan wain yang diadakan di wilayah Mendoza, Argentina.

Wow! Wanita Seberat 120Kg Menang Ratu Cantik

Wow! Wanita Seberat 120Kg Menang Ratu Cantik

“Saya mahu memecahkan diskriminasi, bahawa Vendimia bukan satu pertandingan kecantikan tetapi lebih daripada itu, bahawa saya seorang wanita yang akan mewakili semua rakyat wilayah Mendoza dalam sektor wain,” katanya.


Tambahnya lagi, gelaran Ratu Vendimia memang diimpinya walaupun telah bergelar model bersaiz besar selama tiga tahun.

Menurut penyelaras pertandingan Carolina Cocuzza, tahun ini merupakan kali pertama peserta perlu bercakap mengenai topik yang dipilih mereka sendiri.

“Pemenang adalah wanita sebenar yang mampu mewakili rakyat di Mendoza secara umum,” ujarnya dipetik MailOnline.

Tambah Cocuzza lagi, kemenangan Correa telah memberikan impak yang besar dan mendapat reaksi spontan daripada masyarakat setempat. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori