Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

FAM Bakal Hilang RM34...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mungkin terpaksa menanggung kerugian RM34...

Rantai Isteri Akibat Leka...

KANGAR - Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat kerana...

Tiada Paksaan Parti Politik...

BALIK PULAU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terbuka kepada mana-mana parti politik...

Penangan AJL32, Ramai Mahu...

Paduan suara Ernie Zakri dan Syamel melalui lagu Aku Cinta di pentas Anugerah...

Zahid Minta KPN Beri Perincian 20 NGO Terima Dana Asing

TELUK INTAN – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar akan diminta memberi perincian mengenai 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang disyaki menerima dana asing.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata buat masa ini beliau tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu.

“Saya akan minta butirannya daripada IGP (Khalid) siapa 20 NGO yang sedang disiasat itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Skim Subsidi dan Bantuan Saringan Kesihatan untuk Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di sini hari ini.

Ahmad Zahid diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed semalam yang menyatakan kira-kira 20 daripada 50,000 NGO yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah disiasat sejak November.


Menurut Nur Jazlan semua NGO itu disiasat kerana disyaki menerima dana yang diragui daripada individu serta organisasi luar negara.

Ini berikutan perkembangan siasatan terhadap pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah yang dipercayai melakukan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen dengan menggunakan dana daripada Open Society Foundation (OSF) yang dipengerusikan George Soros. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori