Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bersanding Selepas 11 Tahun...

“KIRA-KIRA 11 tahun lalu, kami hanya nikah di pejabat agama dan tidak adakan...

Anthony Loke Umum Pertahankan...

JELEBU: Setiausaha Agung DAP yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan mengesahkan akan mempertahankan...

7 Ditahan Terlibat Kes...

SEREMBAN - Polis menahan tujuh individu berusia 15 hingga 29 tahun pada 6...

Pesakit Pertama Ebola Di...

WASHINGTON - Mangsa pertama dijangkiti Ebola di Amerika Syarikat meninggal dunia semalam dengan...

13 Sekolah Di Kelantan Ditutup Esok Akibat Banjir

KOTA BHARU – Sebanyak 13 sekolah di tiga jajahan di negeri ini ditutup esok berikutan banjir yang belum pulih.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan dalam satu kenyataan di sini, hari ini berkata bahawa penutupan sekolah berkenaan melibatkan 4,410 pelajar dan 466 guru.

Jumlah itu merangkumi tujuh sekolah di Jajahan Pasir Mas, empat sekolah di Jajahan Tumpat dan dua sekolah di Jajahan Kuala Krai.

Sekolah yang ditutup di Jajahan Pasir Mas ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang, SK Sri Rantau Panjang 1, SK Bakong, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Khay Boon, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Al Falah, SABK Diniah dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang.


Di Jajahan Tumpat pula melibatkan SK Bendang Pak Yong, SK Simpangan, SK Telok Jering dan SABK Nurul Huda manakala di Jajahan Kuala Krai ialah SK Bahagia dan SABK Sa’datul Qura.

Sekolah-sekolah berkenaan ditutup sejak Ahad lepas berikutan laluan ke sekolah masih ditenggelami air dan tidak selamat untuk pelajar serta guru selain dijadikan tempat pemindahan mangsa banjir. – BERNAMA

Kategori