Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Polis Bongkar Makmal Pemprosesan...

KUALA LUMPUR - Polis membongkar dua makmal memproses dadah sintetik berskala besar serta...

Mayat Dibungkus Plastik Disumbat...

KUALA TERENGGANU - Satu mayat ditemukan berbungkus dengan plastik dan disumbat ke dalam...

Bidikan Maut Lepas Makan...

Nilai - Seorang peniaga kedai kosmetik maut selepas terkena tiga das tembakan ketika...

Mahkamah Bebaskan Zahid Dari...

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini dibebas dan dilepaskan daripada pertuduhan rasuah...

14 Menara Telekomunikasi Bakal Dibina Di Kemabong

TENOM – Empat belas menara telekomunikasi bakal dibina di daerah kecil Kemabong, kira-kira 31 kilometer dari pekan Tenom, bagi meningkatkan capaian jalur lebar di kawasan berkenaan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata kementerian bersetuju untuk meluluskan peruntukan membina menara telekomunikasi berkenaan sebagai tambahan kepada enam menara sedia ada di kawasan itu.

“Kemungkinan 14 menara telekomunikasi itu belum mencukupi untuk keperluan di seluruh Kemabong. Oleh itu saya beri tempoh selama dua minggu kepada Pegawai Daerah berbincang dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sabah mengenai jumlah sebenar menara telekomunikasi yang diperlukan di seluruh daerah Kemabong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Menghubung Menyatu dan Dashboard Komuniti dan Keusahawanan (DAKU) Kemabong di sini, hari ini yang dihadiri lebih 7,000 penduduk di daerah berkenaan.

Hadir sama Anggota Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kemabong Datuk Rubin Balang.

Salleh berkata pembinaan menara itu sejajar dengan permintaan rakyat di daerah Kemabong terutama mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

“Kita akan pastikan di semua kawasan Kemabong akan menikmati kemudahan jalur lebar dan merasai dunia internet. Kerajaan akan memastikan infrastruktur internet dapat disediakan kepada rakyat di semua kawasan termasuk di pedalaman.


“Kerajaan menyasarkan pada tahun 2020, 95 peratus kawasan di negara ini dapat ditembusi internet dan menjadi tanggungjawab saya sebagai menteri bertanggungjawab menyelesaikan masalah rakyat berkaitan capaian internet,” katanya.

Sementara itu, Salleh berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju memperuntukkan RM1 juta sebagai bantuan kepada gereja di seluruh daerah Tenom dan Kemabong.

“Perdana menteri kita adalah pemimpin yang terus berkhidmat untuk rakyat dan beliau (Najib) tidak pernah mengabaikan seluruh rakyat di Malaysia,” katanya.

Mengulas mengenai program berkenaan, Salleh berkata program Menghubung Menyatu merupakan inisiatif baharu kerajaan untuk melaksanakan pelbagai program bagi mencapai wawasan negara dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan syarikat swasta di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan. – BERNAMA

Kategori