Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Inflasi: Agak Rugi Kerajaan...

DARI FB NAJIBBULAN lepas, saya beri amaran bahawa kadar inflasi akan mencanak naik...

Diva AA Beri Rendang...

BAHANG Pilihan Raya Umum (PRU) kian dirasai dan hari ini adalah penamaan calon...

Spekulasi Mesyuarat Khas Jemaah...

KUALA LUMPUR - Kabinet akan mengadakan mesyuarat khas Jemaah Menteri di Pejabat Perdana...

Fenomena Air Pasang Besar:...

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan bekalan ikan mencukupi...

1,596 Mangsa Banjir Di Tujuh Daerah Di Pahang

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang pagi ini, mencatatkan peningkatan ketara dengan 1,596 orang daripada 424 keluarga berbanding 352 mangsa daripada 93 keluarga tengah malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia negeri Pahang Zainal Yusoff berkata sehingga 8 pagi ini, 43 pusat pemindahan sementara dibuka di tujuh daerah yang dilanda banjir di negeri ini.

“Selain Jerantut, Lipis, Raub, empat daerah lain iaitu Rompin, Kuantan, Maran dan Pekan juga terjejas dengan banjir kali ini.

“Daerah paling ramai yang mencatatkan mangsa pemindahan adalah Maran membabitkan 411 orang daripada 120 keluarga, diikuti Pekan dengan 324 orang daripada 73 keluarga,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ia diikuti daerah Kuantan (277 orang daripada 77 keluarga), Raub (213 mangsa daripada 61 keluarga), Rompin (143 mangsa daripada 36 keluarga), Jerantut (120 mangsa daripada 30 keluarga dan Lipis (108 mangsa daripada 27 keluarga).


Sementara itu Raub merekodkan jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) yang paling banyak dibuka setakat ini iaitu 11 pusat, diikuti Maran (sembilan), Kuantan, Lipis, Jerantut dan Pekan, masing-masing lima PPS, manakala Rompin hanya tiga PPS dibuka.

Katanya tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku akibat banjir setakat ini. – BERNAMA

Kategori