Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Cerita Sebenar Gambar ‘Kucing...

SEJAK semalam, tersebar sekeping gambar di media sosial memaparkan sekumpulan kucing yang mati...

Fakta Mengenai Peluru Berpandu...

KUALA LUMPUR -- Berikut beberapa maklumat mengenai sistem peluru berpandu BUK jenis 9N314M...

Cristiano Ronaldo Cipta Sejarah...

CRISTIANO Ronaldo memecah rekod jaringannya pada aksi Liga Juara-Juara Eropah ketika Real Madrid...

Pemerasan: Pekerja Kilang, Bekas...

IPOH – Seorang pekerja kilang dan bekas suaminya didakwa di Mahkamah Sesyen di...

2 Lagi Mayat Bot Karam Ditemukan Di Mersing

MERSING – Dua lagi mayat ditemukan hari ini, menjadikan 12 orang angka korban bot karam di perairan Tanjung Rhu di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing, DSP Cyril Edward Nuing berkata setakat 12 tengah hari ini, mayat dua lelaki tanpa dokumen diri itu ditemukan terdampar oleh pasukan mencari dan menyelamat di pantai Tanjung Leman di sini.

Katanya operasi mencari dan menyelamat yang terdiri daripada anggota polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula pada pukul 8 pagi selepas dihentikan berikutan hujan dan ombak kuat, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi semalam, bot pancung dipercayai dinaiki 40 orang dari Batam, Indonesia cuba masuk ke negara ini sebelum karam akibat dipukul ombak kuat.


Mayat 10 warga asing melibatkan empat lelaki dan enam wanita dijumpai terdampar di pantai berkenaan semalam bagaimanapun dua mangsa ditemui selamat iaitu seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 28 dan 20 tahun. – BERNAMA

Kategori