Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bajet Alternatif Pembangkang Tidak...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Saksi Pendakwaan Tolak Berlaku...

TENOM: Saksi pendakwaan, Mohd. Fairuz Abu, 37, tidak bersetuju dengan cadangan peguam bela,...

Matthew Davies Pelaburan Terbaik...

JOHOR BAHRU - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan...

Pemuda UMNO, PAS Johor...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menerima kunjungan...

2 Lagi Mayat Mangsa Bot Karam Di Mersing Ditemukan

JOHOR BAHRU – Dua lagi mayat dipercayai mangsa bot pancung yang karam Isnin lepas ditemukan kira-kira sembilan kilometer dari Tanjung Sedili, Kota Tinggi, pagi ini.

Timbalan Pengarah Maritim Wilayah Maritim Selatan, Kapten Maritim SaifulLizan Ibrahim berkata mayat dua lelaki itu ditemukan dalam keadaan terapung di laut oleh nelayan pada 9 pagi tadi.

Beliau berkata mayat berkenaan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi mencari dan menyelamat disambung semula pada 7 pagi ini dan berjalan lancar berikutan keadaan cuaca dan ombak yang baik berbanding semalam,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, bot pancung dipercayai dinaiki 40 orang dari Batam, Indonesia cuba masuk ke negara ini sebelum karam akibat dipukul ombak kuat di perairan Tanjung Rhu, Mersing.


Sehingga kini, sembilan mayat lelaki dan tujuh wanita ditemukan.

Dua mangsa pula ditemui selamat iaitu seorang lelaki dan seorang wanita, masing-masing berusia 28 dan 20 tahun. – BERNAMA

Kategori