Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Wanita Maut Dipercayai Dikelar...

JOHOR BAHARU - Seorang wanita ditemui mati dipercayai akibat dikelar suaminya di sebuah...

AFF Akan Siasat Dakwaaan...

HANOI - Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung jumlah...

4,949 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Jumlah kes baharu kes Covid-19 terus mencatatkan penurunan apabila merekodkan...

Video: Kejamnya…. Ibu Seret...

MEDIA sosial Indonesia sejak minggu lalu dikejutkan dengan satu rakaman tular menunjukkan seorang...

2 Lelaki Ditahan Bersama Ketamin Bernilai RM140,000

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan dua lelaki yang disyaki anggota sindiket pengedaran dadah dan merampas dadah jenis ketamin bernilai RM140,000 dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Icon City di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata lelaki berumur 43 dan 48 tahun itu ditahan dalam sebuah bilik hotel berkenaan pada 3.30 petang.

“Susulan tangkapan dan penemuan dadah seberat 2,015.6 gram itu, polis menyerbu rumah milik seorang daripada lelaki terbabit di Taman Hijau Valdor, Sungai Bakap dekat sini dan menemui wang tunai RM424,880,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut menyita dua kereta jenis Toyota Altis dan Proton Wira milik kedua-dua lelaki terbabit.


Seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah dan hasil siasatan mendapati sindiket itu aktif di negeri ini sejak beberapa bulan lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori