Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kertas Siasatan Neelofa Dirujuk...

SEREMBAN - Kertas siasatan selebriti Noor Neelofa Mohd Nor (Neelofa) dan suaminya, Muhammad...

Swasta, GLC Bertafakur Untuk...

KUALA LUMPUR - SIRIM Berhad (SIRIM) antara organisasi yang menyertai Hari Berkabung Negara...

RM1.9 Bilion Subsidi, Insentif...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani membelanjakan sebanyak RM1.9 bilion...

Gadis Bunuh Diri Kerana...

SEORANG gadis yang juga gimnas berbakat telah membunuh diri kerana takut digelar sebagai rasis...

2 Lelaki Sesat Dalam Hutan Ditemui Selamat

IPOH – Dua lelaki yang dilaporkan sesat dalam hutan di Kampung Baung, Bukit Berekeh, Sungai Siput, dekat sini, ditemui selamat lewat malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput Saiful Rizan Sulaiman berkata kedua-dua mangsa berumur 30 dan 39 tahun itu dijumpai sekitar 11.40 malam selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

Menurutnya polis dari Balai Polis Lintang menghubungi bomba pada pukul 9.51 malam memaklumkan mangsa sendiri telah membuat panggilan memberitahu kehilangan mereka.

“Mangsa dipercayai masuk ke hutan untuk aktiviti mendaki selepas waktu Asar semalam dan hilang pandu arah untuk pulang. Anggota telah masuk ke dalam hutan berkenaan bersama tiga orang asli dan empat anggota polis.


“Pihak polis cuba menghubungi mangsa dengan menggunakan telefon sehingga mangsa dijumpai,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Saiful Rizan berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa dari Ipoh itu tamat pada pukul 12.20 tengah malam tadi. – BERNAMA

Kategori