Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Teladani Kisah Kabilah Aus...

KUALA LUMPUR - Umat Islam perlu meneladani kisah kabilah Aus dan Khazraj yang...

Senarai Harga Ubat Di...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan telah menyediakan senarai harga runcit yang disarankan bagi...

Calon PKR Kantoi Dedah...

ALAMAK... Ini memang lucu, calon PKR kerusi DUN Sungai Kandis secara tidak sengaja...

Jadikan Kesukarelawanan Budaya Rakyat...

KUALA LUMPUR – Detik 19 Ogos diiktiraf sebagai Hari Kemanusiaan Sedunia oleh Pertubuhan...

2 Remaja Maut Motosikal Berlanggar Dengan Treler

TANAH MERAH – Dua remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangi mereka berlanggar dengan sebuah treler di Km7.5, Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Suzaimi Mohamad berkata dalam kejadian pada 9.44 malam itu, remaja berkenaan Muhammad Azrul Mohd Azman, 18, dan Muhammad Syukri Abd Talib, 16, dari Kampung Lalang Pepuyu di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Katanya mayat mereka dihantar ke Hospital Tanah Merah di sini untuk bedah siasat.

Sementara itu di Machang, kesemua penumpang dua bas ekspres terselamat selepas bas berkenaan terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Labok, Jalan Machang-Kota Bharu kira-kira 5 pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Pegawai Bomba Kanan II Othman Salleh berkata dua bas ekspres itu masing-masing membawa 26 dan 27 penumpang, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.


Pemandu kedua-dua bas terbabit cedera dan dihantar ke Hospital Machang sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk rawatan manakala pemandu treler selamat, katanya ketika dihubungi di sini.

Othman berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan berkenaan pada 5.09 pagi, mendapati sebuah bas ekspres merempuh belakang treler yang sedang masuk ke sebuah stesen minyak.

Katanya sebuah lagi bas ekspres yang berada di belakang bas itu gagal mengelak dan melanggar bahagian belakangnya. – BERNAMA

Kategori