Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Bengkel Terbakar, 14 Kereta...

SHAH ALAM - Empat belas kereta yang disimpan di sebuah bengkel di Pandamaran,...

8 Sorakan Ultras Malaya,...

Mungkin nama Malaysia di arena bola sepak antarabangsa pada masa kini tidak semasyhur...

Liow Arah MAHB Bantu...

PUTRAJAYA - Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengarahkan Malaysia Aiports Holdings...

Barca Enggan Lawan United...

ERNESTO Valverde berkata dia tidak mahu pasukannya, Barcelona bertemu dengan Manchester United di...

2,000 Klinik Desa Dinaik Taraf Jadi Klinik Kesihatan

MUAR – Kerajaan akan menaik taraf kemudahan kesemua 2,000 klinik desa di seluruh negara menjadi klinik kesihatan jenis tujuh secara berperingkat, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya.

Beliau berkata usaha menaik taraf itu bagi memudahkan orang ramai khususnya masyarakat luar bandar mendapat perkhidmatan kesihatan pesakit luar yang lebih baik memandangkan kemudahan di klinik desa hanya terhad kepada perbidanan sahaja.

“Bagaimanapun, langkah menaik taraf itu memakan masa yang panjang kerana ia melibatkan kos dan proses pengambilan tanah yang lama,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di daerah Muar di sini hari ini.

Dr Hilmi berkata dengan adanya klinik kesihatan itu nanti, orang ramai tidak perlu lagi pergi jauh bagi mendapatkan rawatan kerana klinik berkenaan akan dilengkapi kemudahan pesakit luar serta mempunyai doktor.

Pada masa ini, kementerian dalam proses mengenal pasti cara bagi mengurangkan tempoh menunggu yang dilihat agak lama bagi proses pengambilan tanah, katanya.


“Saya cadangkan kita ubah suai bangunan kedai yang telah siap dibina kerana kosnya lebih murah dan cepat daripada membina bangunan baharu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Hilmi berkata kementeriannya kini sedang mengenal pasti tapak sesuai bagi memindah Klinik Desa Kampung Tengah, Segamat ke tapak baharu memandangkan klinik itu sering ditenggelami air setiap kali banjir.

“Kita sedang mencari tapak dan berharap kerajaan Johor akan membantukementerian bagi mendapat tapak yang sesuai,” katanya. – BERNAMA

Kategori