Friday, January 17, 2025

Creating liberating content

AS Dakwa Russia Minta...

WASHINGTON: Russia meminta bantuan ketenteraan dan ekonomi dari China untuk perang di Ukraine,...

Bekas Suami Abby Bakal...

BEKAS suami kedua Abby Abadi, Muhammad Noor Farhan Che Bakar diberitakan bakal mendirikan...

Awek Minta ‘Break’ Kerana...

ENTAH sejak bila, fenomena 'relationship goals' tiba-tiba melanda para gadis seluruh dunia termasuk...

Lelaki Tempatan Seludup Barang...

TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan seorang lelaki tempatan di Jeti...

21 Sekolah Di Kelantan Ditutup Ekoran Banjir

KOTA BHARU – Sebanyak 21 sekolah di empat jajahan di Kelantan masih tidak dapat meneruskan sesi persekolahan esok berikutan banjir yang belum surut sepenuhnya hari ini.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan dalam satu kenyataan hari ini berkata jumlah itu merangkumi 10 sekolah di Pasir Mas, masing-masing empat sekolah di Tumpat dan Kota Bharu serta tiga sekolah di Bachok.

Sekolah yang ditutup di Pasir Mas ialah Sekolah Kebangsaan(SK) Sri Rantau Panjang 2, SK Kampung Baru, SK Rantau Panjang, SK Sri Rantau Panjang 1, SK Lubok Setol, SK Gual Tinggi, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Khay Boom, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Al Falah, SABK Diniah dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang.

Manakala di Tumpat sekolah yang ditutup melibatkan SK Bendang Pak Yong, SK Simpangan, SK Telok Jering dan SABK Nurul Huda.


Di Kota Bharu pula, sekolah yang ditutup melibatkan SK Sri Ketereh, SK Mulong 1, SK Tiong dan SK Ketereh manakala di Bachok ialah SK Pak Badol, SK Bakong dan SMK Pak Badol.

Menurut kenyataan itu, penutupan sekolah berkenaan berikutan laluan ke sekolah masih ditenggelami air dan tidak selamat untuk pelajar dan guru selain sekolah dijadikan pusat pemindahan banjir. – BERNAMA

Kategori