Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Son Salahkan Diri Sendiri...

NIZHNY NOVGOROD - Penyerang Korea Selatan, Son Heung-min menyalahkan diri sendiri di atas...

Keputusan UPKK 2023 Diumum...

Putrajaya : Keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023...

Permohonan Semak Perintah Reman...

Kuala Lumpur : Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh Islamik kekal direman empat...

PH Sedia Ambil Alih...

PORT DICKSON - Pakatan Harapan (PH) sedia mengambil alih kerajaan daripada Perikatan Nasional...

23 Maut Tragedi Bot Karam Di Sungai Ganges

PATNA – Jumlah mangsa korban nahas bot karam di Sungai Ganges dekat sini petang semalam meningkat kepada 23 orang manakala 12 lagi masih hilang.

Mangsa yang terkorban terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak yang dalam perjalanan pulang selepas mengunjungi festival layang-layang.

Menurut polis, bot dengan kapasiti 25 penumpang itu membawa sekurang-kurangnya 50 penumpang apabila ia terbalik pada jam 5.45 petang.

Tujuh mangsa berjaya diselamatkan.

“Bot terbabit terlebih muatan dan karam ketika ia bergerak dari sebelah Sabalpur,” kata Maju Devi, seorang daripada mangsa yang terselamat dalam tragedi itu.


Menurut laporan media tempatan, Ketua Menteri Bihar, Nitish Kumar mengarahkan siasatan dilakukan dan mengumumkan bantuan sebanyak Rs 4 lakh (RM26,201.84) kepada keluarga mangsa. – Agensi/BH ONLINE

Kategori