Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Kempen 11 Hari Pada...

KUALA LUMPUR - Kempen selama 11 hari untuk pilihan raya negeri Sarawak ke-11...

Niat Share Anak Angkat,...

TULAR menerusi media sosial sebuah rakaman menyaksikan pengasas terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri...

Kanada Adakan Rundingan Bebaskan...

OTTAWA - Seorang pegawai tinggi Kanada berada di Pyongyang untuk berunding berhubung pembebasan...

KPM Rancang Kemahiran Renang...

PUCHONG - Kementerian Pendidikan sedang dalam peringkat perbincangan mengenai keperluan untuk mengajar pelajaran...

25 Individu Ditahan Kes Kematian 5 Warga Myanmar

SERDANG – Polis menahan 25 individu bagi membantu siasatan kes lima warga Myanmar yang maut dalam pergaduhan di Kawasan Perindustrian Sri Serdang di sini, awal bulan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata mereka yang berusia antara 20 hingga 50 tahun itu ditahan secara berperingkat sejak kejadian itu.

Menurut Fadzil, mereka yang ditahan adalah warga Myanmar dan orang tempatan yang merupakan pekerja di kawasan perindustrian itu.

“Kes masih dalam siasatan dan kami percaya dapat selesaikan kes ini dalam masa terdekat. Tiada rampasan senjata setakat ini dan motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Pelupusan Mesin Komputer Perjudian di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di sini, hari ini.

Beliau berkata dua mangsa yang cedera dalam kejadian itu berada dalam keadaan stabil.


Pada 6 Jan lepas, lima warga Myanmar maut manakala dua lagi rakan mereka cedera parah dalam pergaduhan menggunakan parang di kawasan perindustrian berkenaan.

Terdahulu, pada majlis itu, polis Selangor melupuskan sebanyak 1,312 mesin komputer perjudian bernilai RM140,000 yang dirampas tahun lepas. – BERNAMA

Kategori