Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

‘Top-Up’ Tetap Harga Lepas...

HARI ini, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan memaklumkan pada sidang Parlimen, daripada 815 aduan...

Rundingan Agihan Kerusi UMNO,...

KUALA LUMPUR - Rundingan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengenai pengagihan kerusi untuk...

Suami ‘Bodoh’ Hubungi 999...

Menjadi operator pusat panggilan kecemasan 999 memerlukan tahap kesabaran paling tinggi lagi-lagi bila berhadapan...

Beribu Pekerja MAS Bakal...

Malaysian Airline System Bhd sedang mempertimbangkannya langkah pengurangan kerja, semakan semula arahan pesawat...

273 Mangsa Banjir Di Kelantan Setakat 12 Tengah Hari

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 273 orang setakat 12 tengah hari ini berbanding 410 orang pagi tadi.

Mereka ditempatkan di 11 pusat pemindahan di jajahan Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Jeli.

Menurut aplikasi inforbanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), terdapat 136 orang daripada 31 keluarga di lima pusat pemindahan di Kuala Krai, diikuti 68 orang (16 keluarga) di dua pusat pemindahan di Gua Musang.

Di Tanah Merah, terdapat 42 mangsa (10 keluarga) di dua pusat pemindahan, 25 orang (lima keluarga) di sebuah pusat pemindahan di Pasir Puteh manakala dua orang (sebuah keluarga) di Jeli.


Sementara itu, menurut portal ebanjir.kelantan.gov.my, paras air Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai kini menurun sedikit kepada paras 25.54 meter (m) berbanding 25.66 m pagi tadi, masih melepasi paras bahaya 25m.

Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang kekal kepada 9.49 m berbanding pagi tadi, namun masih melepasi paras bahaya 9 m. – BERNAMA

Kategori