Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lebih 83,000 Rumah MyBNHome,...

KUALA LUMPUR – Penyediaan rumah mampu milik terus mendapat perhatian kerajaan yang menyaksikan...

Obama Batal Pertemuan Dengan...

WASHINGTON - Presiden Barack Obama membatalkan pertemuan yang dirancang dengan Presiden Rodrigo Duterte,...

Mesyuarat Khas Raja-Raja Pilih...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16...

Wanita Mahu Putus Hubungan...

ALOR SETAR - Seorang wanita muda cedera ditikam oleh teman lelakinya dengan senjata...

3 Beradik Yatim Piatu Selepas Ibu Bapa Mati Akibat Denggi

BUKIT MERTAJAM – Tiga beradik menjadi yatim piatu dan hilang tempat bergantung dalam sekelip mata selepas ibu bapa mereka meninggal dunia akibat demam denggi minggu lepas.

Nur Hidayah Azlan, 20, berkata ayahnya Azlan Mat Din, 50, dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) selama empat hari sebelum meninggal dunia pada 16 Jan.

Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata ibunya Normah Amirudin, 46, meninggal dunia sehari kemudian di hospital yang sama.

Katanya adik bongsu Muhammad Firdaus Azlan, 14, turut dirawat di HPP kerana demam denggi selama lebih seminggu dan telah dibenarkan pulang Jumaat lepas.

“Ayah dan mak demam sejak awal bulan ini tapi langsung tidak sangka ia demam denggi dan sejak dua minggu lepas keadaan ayah semakin teruk kerana demam semakin panas, sering merasa lemah serta loya.

“Simptom itu merebak kepada mak dan adik hingga mereka jadi lemah serta tidak mampu berjalan sehingga terpaksa dipapah untuk bergerak,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Pangsapuri Taman Delima Indah di sini, hari ini.


Nur Hidayah yang masih belajar di Kolej Poly Tech Mara di Ipoh berkata walaupun dia dan dua adiknya, Muhammad Firdaus dan Muhammad Amirul, 17, masih bersedih dengan kehilangan ibu dan bapa, mereka tetap reda.

Katanya beliau kini terpaksa memikul peranan sebagai ibu dan bapa dalam keluarganya dan akan sentiasa mengingati pesanan kedua-dua orang tuanya yang mahu mereka belajar untuk berjaya.

Nur Hidayah berkata selepas ini dia terpaksa bekerja sambilan bagi menampung perbelanjaan dirinya serta dua adiknya yang masih bersekolah. – BERNAMA

Kategori