Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Banduan Lelaki Dakwa Dicabul...

New York - Seorang banduan yang melakukan hubungan seks dengan dua pengawal penjara...

Hutang Meningkat RM130 Bilion...

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sekiranya projek Landasan Keretapi Pantai...

TV AlHijrah Lancar Kombo...

BANYANGKAN dengan RM50 ribu, pengiklan berpeluang tampil dalam 40 minit keseluruhan dalam lima...

3 Maut, 100 Cedera...

Hoboken, New Jersey - Sekurang-kurangnya tiga terbunuh manakala lebih 100 lagi cedera, ramai...

3 Individu Didakwa Menyimpan Bir Bernilai RM11,000

GEORGE TOWN – Tiga individu termasuk pasangan suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyimpan pelbagai jenis bir bernilai lebih RM11,000 tanpa permit.

Lim Chong Yeow, 43, yang bekerja sebagai tukang cat motosikal didakwa menyimpan barangan larangan import iaitu 720 tin bir jenama Carlsberg dan 3,072 tin bir jenama Tiger bernilai RM6,562.51.

Pasangan suami isteri berkenaan Ching Meng Meng, 56, dan Loh Swee Lan, 45, didakwa menyimpan 2,646 tin bir pelbagai jenama antaranya Tiger Beer, Cruise, Walton Royal Brew dan Skol Beer bernilai RM4,930,85.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di premis No 7, Lorong Penaga dekat sini pada 9.15 pagi pada 13 Jan lalu mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 yang membawa hukuman denda maksimum RM131,250.20 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Majistret Sharifah Izura Syed Mashor membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin masing-masing RM4,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Mac untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Awang Kechik manakala Ching dan Loh diwakili peguam Lim Choo Hooi dan Lim tidak diwakili peguam. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • bir

Kategori