Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Bekas Pengarah Kastam Cedera...

KUCHING - Bekas Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak, Frankie Jurem Nyumboi,...

Pulau Langkawi, Kota Kuala...

ALOR SETAR - Walaupun sudah lebih sedekad tragedi Tsunami 2004 melanda, namun Kedah...

MH370: Waris Penumpang Saman...

KUALA LUMPUR - Waris kepada 12 penumpang Malaysia, Rusia, China dan Ukraine yang...

Sidang Parlimen: Khalid Ibrahim...

KUALA LUMPUR - "Saya di tempatkan di belakang sekali setelah menjadi Ahli Parlimen...

3 Maut, Seorang Cedera Kemalangan Di Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Dua wanita dan seorang lelaki maut manakala seorang lelaki lain cedera dalam satu kemalangan di Kilometer 19, Jalan Johor Bahru-Air Hitam, menghala ke Johor Bahru, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru ACP Mohd Taib Ahmad, yang mengesahkan kejadian itu berkata, pada kejadian 8.35 malam itu, kereta Proton Perdana yang dipandu Chin Han Rong, 19, hilang kawalan dan melanggar pokok.

“Kereta Perdana dari arah Kulai menuju ke Johor Bahru itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar pokok,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dua penumpang kereta berkenaan, Mary anak Jatum, 24, Foo Zi Wei, 18, dan Chin Han Xue, 21, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu hanya cedera.


“Kesemua mereka dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – BERNAMA

Kategori