Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

3,000 Penduduk Terputus Hubungan...

DUNGUN: Kira-kira 3,000 penduduk di kawasan Hulu Dungun terputus hubungan selepas jalan utama...

“Jangan Bayar Sehingga Gaji...

PETALING JAYA - Khairy Jamaluddin terus menyindir mengenai isu bayaran balik pinjaman Perbadanan...

Kor Ming Enggan Sahkan...

IPOH - Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming enggan mengesahkan sama ada beliau...

Pembantu Rumah Didakwa Curi...

KUALA LUMPUR - Seorang pembantu rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini...

300 Orang Di Pusat Pemindahan Banjir Di Perak

IPOH – Sejumlah 334 orang daripada 109 keluarga kini ditempatkan di tujuh pusat pemindahan banjir seluruh Perak setakat pukul 8 pagi ini berikutan hujan tanpa henti sejak petang semalam, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Menurut kenyataan sekretariat itu, daerah Manjung mencatat jumlah penduduk paling ramai dipindahkan iaitu 197 orang dengan masing-masing 72 berada di Sekolah Agama Rakyat Kampung Padang Serai, manakala 125 di Dewan Orang Ramai Inderawati, Beruas.

Sementara itu, 90 orang di tempatkan di tiga pusat pemindahan yang dibuka di daerah Larut, Matang dan Selama iaitu di Surau Kampung Jawa, Trong (43); Dewan Kampung Matang Merbau, Trong (31) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Hampar (16).

“Di Hilir Perak, seramai 27 orang ditempatkan di SK Pengkalan Ara, manakala di Daerah Hulu Kinta 20 orang kini berada di Dewan Orang Ramai Kampung Piandang, Batu Gajah,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.


Tambah kenyataan itu, cuaca di kebanyakan daerah seluruh Perak pada pagi ini dilaporkan hujan. – BERNAMA

Kategori