Sunday, January 12, 2025

Creating liberating content

Mohamed Elias Dilantik Jadi...

BERTUKAR... Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyaksikan pelantikan Setiausaha yang baharu hari ini apabila...

Selisih Faham Punca Pengawal...

IPOH - Perselisihan faham dan tidak berpuas hati soal perbezaan gaji menjadi punca...

Malaysia Terus Komited Terhadap...

KUALA LUMPUR : Malaysia mengesahkan komitmen tidak berbelah bahagi terhadap pengharaman senjata nuklear...

‘Baju Merah’ Kumpul Di...

KUALA LUMPUR - Ribuan peserta "Himpunan Rakyat Bersatu" berkumpul di beberapa lokasi pertemuan...

32 Murid Pulang Sekolah Awal Akibat Banjir

KUALA BERANG – Seramai 32 murid di Sekolah Kebangsaan Getang terpaksa pulang awal pada 10 pagi ini setelah kelas mereka dinaiki air akibat limpahan Sungai Telemong.

Guru Besarnya Hayati Osman berkata beliau tidak menyangka air yang pada mulanya hanya memasuki ruang padang dan kantin sekolah meningkat dengan begitu cepat dan memasuki ruang kelas lain.

“Awal pagi tadi, pengusaha kantin dah beritahu kawasan padang dan kantin dimasuki air tetapi pada awalnya hanya sedikit sahaja. Kemudian lepas perhimpunan kami tengok air dah masuk dalam kelas di beberapa blok.

“Kami terpaksa tempatkan murid prasekolah dan murid pendidikan khas dalam dewan dan kantin juga terpaksa beroperasi di dewan manakala murid lain ditempatkan di bangunan kelas dua tingkat yang tidak dinaiki air,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Hayati berkata tidak sampai satu jam, air sungai mula memenuhi beberapa kawasan sekolah tersebut hingga paras pinggang.

“Bila dah tengok keadaan makin buruk, saya menelefon pegawai pendidikan daerah untuk makluman kejadian dan kemudian saya telefon penjaga murid prasekolah supaya datang mengambil anak masing-masing.

“Seramai 12 orang murid pendidikan khas pula dihantar sendiri oleh guru kelas ke rumah mereka sebab kami bimbang kalau-kalau mereka bermain air dan perkara tak diingini berlaku,” katanya.


Hayati berkata pihak sekolah bersama sukarelawan bencana Orang Kuala Berang (OKB) kemudiannya bergotong-royong memindahkan perabot dan peralatan mengajar ke tempat yang lebih tinggi dan selamat.

“Mujurlah mereka bertindak lebih cepat sebab kelas yang pada mulanya tak dimasuki air dah dipenuhi air dan ada kawasan yang airnya sehingga paras pinggang,” katanya.

Ditanya sama ada sekolah tersebut akan dibuka esok, Hayati berkata ia bergantung kepada keadaan semasa.

“Setakat ini saya hanya minta kebenaran daripada pejabat pendidikan daerah supaya membenarkan 32 pelajar ini cuti kerana hanya kelas mereka yang terjejas…tetapi ia bergantung kepada keadaan semasa,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori