Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

COVID-19: Kes Di Masjid...

SUNGAI BULOH - Kes jangkitan COVID-19 yang dikaitkan dengan perhimpunan tabligh di Masjid...

Elemen Kematian Kevin Morais...

PUTRAJAYA: Pihak pendakwaan menegaskan empat elemen pertuduhan termasuk kematian Timbalan Pendakwa Raya, Datuk...

Pasangan ‘Awesome’ Hadiah Gedung...

BIASANYA, apabila tiba hari ulang tahun kelahiran anak-anak, majoriti ibubapa akan berusaha sedaya...

Pengamal Media Cemas Belon...

NIBONG TEBAL - Tersasar mendarat di kawasan semak setelah ditiup angin dan berakhir...

3,344 Mangsa Banjir Berada Di 24 Pusat Pemindahan Di K’tan

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat sedikit kepada 3,344 orang setakat 8 pagi ini berbanding 3,325 orang malam tadi.

Kesemua mangsa ditempatkan di 24 pusat pemindahan yang dibuka di Jajahan Kota Bharu, Pasir Puteh, Pasir Mas dan Kuala Krai.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi aplikasi infobanjir menyatakan 2,573 orang daripada 712 keluarga ditempatkan di 10 pusat pemindahan di Jajahan Pasir Puteh, 570 mangsa (202 keluarga) ditempatkan di sembilan pusat pemindahan di Jajahan Pasir Mas.

Sejumlah 157 orang (54 keluarga) ditempatkan di tiga pusat pemindahan di Jajahan Kota Bharu manakala 44 orang (10 keluarga) berada di dua pusat pemindahan di Kuala Krai.


Menurut portal ebanjir.kelantan.gov.my, Sungai Golok di Rantau Panjang kini di paras 9.64 meter (m) berbanding 9.83m malam tadi, yang melepasi paras bahaya iaitu 9.00m. – BERNAMA

Kategori