Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Veterinar Minta Jangan Percaya...

KUALA LUMPUR - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia meminta orang ramai tidak terpengaruh dengan...

Landasan 3 KLIA Ditutup...

PUTRAJAYA - Landasan 3 di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) di Sepang akan ditutup...

CEO 1MDB Letak Jawatan,...

SELEPAS kerap dihujani pelbagai spekulasi negatif Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Mohd...

Video: Tayar Kereta Baru...

MEMILIKI kereta baharu atau aksesori kereta yang cantik memberi risiko kepada si pemilik...

4 Sungai Di Terengganu Melebihi Paras Berjaga-Jaga

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pengairan dan Saliran melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan empat sungai utama di Terengganu kini melebihi paras bahaya, dua sungai melebihi paras amaran dan dua sungai melebihi paras berjaga-jaga.

Satu daripada empat sungai utama itu terletak di Besut iaitu Sungai Besut di Kampung La yang mencatatkan 23.64 meter (m) melebihi paras bahaya 21.80m dan satu lagi lokasi, Sungai Besut di Jambatan Keruak iaitu 36.48 melebihi paras bahaya 35 meter.

Tiga lagi terletak di Hulu Terengganu, Dungun dan Setiu iaitu Sungai Berang di Kampung Menerong, Hulu Terengganu dengan 25m melebihi paras bahaya 24.50m, Sungai Dungun di Kuala Jengai, Dungun iaitu 22.21m berbanding paras bahaya 21m dan Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu iaitu 21.55m berbanding paras bahaya 21.50m.

Menurut portal itu lagi, dua sungai mencatat kenaikan melebihi paras amaran iaitu Sungai Tebak di Kemaman naik 18.36m berbanding paras amaran 17.80m dan Sungai Telemong di Kuala Ping iaitu 19.33m berbanding paras amaran 19.30m.

Sungai Dungun pula mencatatkan kenaikan melebihi paras berjaga-jaga di dua lokasi iaitu Sungai Dungun di Pasir Raja mencatat kenaikan 36.14m berbanding paras berjaga-jaga 36m dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau iaitu 10.91m berbanding paras berjaga-jaga 10.90m.


Sungai Besut di Jambatan Jerteh pula naik kepada 10.91m berbanding paras berjaga-jaga 10.90m.

Hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyebabkan beberapa kawasan yang telah surut dinaiki air semula awal pagi Selasa.

Penduduk di Hulu Terengganu dan Kemaman juga dilaporkan masih dalam proses berpindah ke pusat pemindahan banjir yang berdekatan ketika ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori