Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Beli Barang Kemas RM40,000...

KUANTAN - Seorang peniaga terkedu apabila mendapati sampul diserahkan pelanggan kononnya berisi wang...

Elshenawy Tolak Anugerah Pemain...

PENJAGA gol Mesir, Mohamed Elshenawy menolak Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan yang ditaja oleh...

Lebih 100 Maut Ditimbus...

DHAKA – Hujan lebat yang menyebabkan kejadian tanah runtuh meragut sekurang-kurangnya 120 nyawa...

Jambatan Sementara Hubung Kampung...

RANAU - Jambatan sementara akan dibina bagi menghubungkan Kampung Mesilou dengan Kundasang selepas...

4,695 Orang Masih Di Pusat Pemindahan Banjir Di Kelantan

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan turun sedikit kepada 4,695 orang setakat 8 pagi ini berbanding 4,770 pada Sabtu malam.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi aplikasi Infobanjir, 14 pusat pemindahan masih dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di jajahan Tumpat dan Pasir Mas.

Jumlah mangsa paling ramai ialah di Tumpat dengan 2,794 orang daripada 943 keluarga di tujuh pusat pemindahan, manakala Pasir Mas menempatkan 1,901 mangsa daripada 639 keluarga di tujuh pusat pemindahan.

Menurut laman sesawang kerajaan negeri di http://ebanjir.kelantan.gov.my paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang kini di bawah paras bahaya 9.0 meter dengan trend penurunan iaitu 8.87 meter berbanding 9.15 meter, Sabtu malam.


Bacaan paras air Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah pula turun kepada 12.53 meter berbanding 12.83 meter malam tadi tetapi masih di bawah paras bahaya 16 meter, manakala paras air sungai utama yang lain telah kembali ke paras normal. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori