Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Penjual Mudah.my Meningkat Sebanyak...

KUALA LUMPUR - Pasaran dalam talian terbesar Malaysia, Mudah.my, mencatatkan peningkatan bilangan penjual...

Crossroad: One Two Jaga...

KUCHING - Filem yang baru sahaja meraih kemenangan besar dalam Festival Filem Malaysia...

Pintu Van Perisai Tiba-Tiba...

HONG KONG – Puluhan pemandu di sebatang lebuh raya utama di sini berebut-rebut...

Remaja Perempuan 14 Tahun...

Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian kepala...

5 Jalan Utama Di Gua Musang Masih Selamat – Polis

GUA MUSANG – Lima jalan utama menghubungkan Gua Musang dengan kawasan luar masih selamat digunakan oleh semua kenderaan walaupun terdapat beberapa kejadian kecil tanah runtuh akibat hujan.

Jalan utama tersebut adalah jalan menghubungkan Gua Musang dengan Kuala Lipis di Pahang; Kuala Berang di Terengganu serta Kuala Krai, Jeli dan Lojing.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Rajab Ahad Ismail berkata agensi berkaitan sedang giat memantau kawasan cerun yang mengalami kejadian tanah runtuh bagi mengelak insiden tidak diingini terhadap pengguna.

“Setakat ini saya berpuas hati dengan tahap keselamatan penggunaan jalan itu, namun pada masa sama pengguna juga perlu berhati-hati ketika memandu kerana keadaan jalan yang licin,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Bernama sebelum ini, melaporkan terdapat dua kejadian tanah runtuh di Km54 dan Km49 Jalan Gua Musang-Lojing sehingga menyebabkan ia terpaksa ditutup kepada sesetengah kenderaan sejak 30 Dis lepas.


Mengulas lanjut, Rajab Ahad berkata kejadian tanah runtuh kecil memang berlaku di dua kawasan berkenaan, namun ia tidak menghalang kenderaan daripada melalui kawasan tersebut.

Beliau berkata lokasi itu telah diletakkan kon peringatan bagi mengelak pengguna memandu secara cuai, sekali gus boleh menyebabkan mereka terdedah kepada kemalangan.

Selain itu, Rajab Ahad berkata beliau turut mengarahkan anggotanya untuk melakukan rondaan di kawasan sering berlaku kejadian tanah runtuh bagi mengelak sebarang kejadian buruk terhadap pengguna jalan raya. – BERNAMA

Kategori