Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

31 Orang Maut, 35...

HILLA - Seorang pengebom nekad wanita membunuh sekurang-kurangnya 31 orang dan mencederakan 35...

Cadangan Pembinaan Loji Nuklear...

KUALA LUMPUR - Kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan mengenai cadangan serta garis...

Pertanian Johor Rugi RM35.5...

ISKANDAR PUTERI: Sektor pertanian di negeri ini mencatat kerugian RM35.5 juta akibat bencana...

Akujanji Kerajaan BN Capai...

KUALA LUMPUR - Akujanji Kerajaan Barisan Nasional yang dibuat kepada rakyat pada pilihan...

5 Maut Dalam Tembakan Di Masjid Quebec City

QUEBEC – Lima orang maut selepas sekumpulan lelaki melepaskan tembakan di Pusat Kebudayaan Islamik Bandar Quebec di timur Kanada semasa waktu solat, Ahad, pada pukul 9.15 malam waktu tempatan.

“Ramai yang terkorban…terdapar kematian,” kata jurucakap polis bandar Quebec, Konstabel Pierre Poirer kepada media.

Menurutnya lagi, dua orang suspek kes tembakan itu telahpun ditahan. Bagaimanapun, seorang lagi jurucakap polis Etienne Doyon enggan mengulas jika suspek berada di dalam masjid tersebut.

Pasukan taktikal bersenjata penuh dilihat memasuki masjid itu dan pihak polis kemudiannya melaporkan bahawa premis tersebut telah dikawal ketat serta semua orang yang berada di dalam telah dibawa keluar. Pihak polis turut meletakkan perimeter keselamatan di sekeliling kompleks tersebut.

5 Maut Dalam Tembakan Di Masjid Quebec City
Pihak polis mengawasi perimeter Pusat Kebudayaan Islamik Bandar Quebec itu selepas serangan berlaku. – Foto Reuters

5 Maut Dalam Tembakan Di Masjid Quebec City

Presiden masjid itu, Mohamed Yangui, yang tidak berada di dalam bangunan itu semasa insiden tersebut berlaku berkata, beliau tidak tahu berapa orang mangsa yang tercedera oleh kerana mangsa telah dibawa ke hospital-hospital berlainan di sekitar bandar itu.

Insiden ini medapat perhatian daripada Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, yang mengirimkan tweet memperingati mangsa-mangsa yang terkorban.

“Malam ini, rakyat Kanada meratapi kematian mangsa yang terkorban di dalam serangan ‘bacul’ di sebuah masjid di bandar Quebec. Ingatan saya ada bersama mangsa dan ahli-ahli keluarga mereka.” 


Perdana Menteri Quebec, Phillip Couillard, berkata melalui Twitter bahawa kerajaan, “sedia bertindak untuk memastikan keselamatan warga Quebec.

“Quebec menolak tindakan ganas tidak bertamadun ini.

“Solidariti untuk warga Quebec yang berpegang kepada ajaran Islam,” tulisnya lagi.

Insiden ini bukanlah serangan terhadap masjid yang pertama berlaku di Kanada.

Pada tahun 2013 pihak polis menjalankan peyiasatan terhadap sebuag masjid di wilayah Saguenay di Quebec selepas bangunan itu disimbah dengan darah babi.

Pada tahun 2015, sebuah masjid dibakar di Ontario, sementara pada tahun 2016 masjid sama yang diserang semalam telah dicemarkan dengan kepala babi yang diletakkan di tangga bangunan tersebut. – Agensi/SK

Kategori