Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

2 Lelaki Anggota Geng...

BUKIT MERTAJAM - Dua lelaki dipercayai anggota geng curi motosikal yang aktif di...

Pihak Berkuasa Dapat Maklumat...

NEW YORK - Pihak berkuasa Malaysia telah menerima beberapa maklumat mengenai keberadaan jutawan...

Anwar Mahu Siasatan LCS...

PARLIMEN | Anwar Ibrahim hari ini menegaskan siasatan berhubung isu pembinaan kapal tempur...

Mengaku Ajelah Tak Mampu...

BANK Dunia mengesahkan hutang negara terkawal dan agensi rating antarabangsa pun tidak menyebut...

5 Suspek Songlap Projek Ikan Felda Direman 7 Hari

PUTRAJAYA – Lima suspek termasuk tiga bekas pegawai dan dua pegawai Felda ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana Felda bagi projek ikan sturgeon bernilai RM47.6 juta.

Perintah reman bermula hari ini sehingga 31 Januari depan dikeluarkan Majistret Isfahanie Tasnim Wan Abd. Rahman terhadap kelima-lima suspek yang masing-masing berumur antara 30 hingga 57 tahun.

Kesemua disiasat di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (2009). Turut disita ialah beberapa utas rantai dan gelang emas, sebuah kereta Mercedes-Benz serta wang tunai yang masih dikira jumlahnya.

Baca: 5 Pegawai Kanan Felda Ditahan Songlap Projek Ikan

Media semalam melaporkan, bekas Pengarah Besar Felda bergelar Datuk, bekas Timbalan Pengarah Besar (Sumber Strategik) Felda, Ketua Hartanah Felda di London dan bekas pegawai projek ikan sturgeon dan penolong pegawai tadbir ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam Op Caviar.

Modus operandi mereka ialah menubuhkan Felda Carviative Sdn. Bhd. (FCSB) tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah dan menandatangani perjanjian bernilai RM146.25 juta dengan syarikat sturgeon di Korea Selatan.


Satu mesyuarat ber­hubung projek itu telah diadakan pada 2013 dan lembaga pengarah meminta suspek berusia 53 tahun untuk menyediakan laporan terperinci berhubung pelaburan projek itu untuk dibentangkan.

Bagaimanapun, projek itu tidak mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar Pahang, namun disebabkan unit kewangan turut berada di bawah pengawasan suspek, dia bertindak meluluskan dana. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori