Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Makkah: Belum Pulang Tapi...

BENAR kata mereka yang pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah, perasaan rindu...

Gangguan Akses Internet Di...

Telekom Malaysia, melalui akaun Twitter mereka hari ini berkongsi mengatakan yang mana sebahagian...

Kisah Adam Corrie Solat...

KUALA LUMPUR - Ceritanya mungkin nampak agak pelik, namun itulah yang pernah berlaku...

Gary Steven Berlatih Dengan...

KUALA LUMPUR - Pemain muda negara, Gary Steven Robbat, 22, yang dikenakan hukuman...

5 Terbunuh Dalam Insiden Tembakan Di Fort Lauderdale

MIAMI – Sekurang-kurangnya lima mati dan lapan cedera apabila seorang lelaki bersenjata dipercayai veteran Perang Iraq melepaskan tembakan di Lapangan Terbang Fort Lauderdale, Hollywood, lapor pihak berkuasa, hari ini.

Suspek yang memiliki kad pengenalan tentera, ditahan dan disoal-siasat Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) berhubung kejadian tembakan hingga menyebabkan lapangan terbang antarabangsa itu terpaksa ditutup sementara.

Kejadian berlaku di tempat tuntutan bagasi Terminal 2, ketika penumpang sedang sibuk mengambil beg masing-masing apabila tiba-tiba dikejutkan oleh serangan lelaki terbabit yang dikenali sebagai Esteban Santiago.

Seorang saksi, John Schlicher memberitahu rangkaian berita Fox, ketika mengambil beg, dia terdengar tembakan pertama dan tiba-tiba seorang yang berada bersebelahan rebah.

“Penembak memegang pistol dan menembak ke arah orang ramai. Ketika itu semua orang berdiri sedang menunggu bagasi masing-masing,” katanya.


Setakat ini tidak ada petunjuk berhubung motif serangan di negara itu yang kerap berlaku keganasan senjata disebabkan mudah mendapatkan bekalan senjata api. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori