Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

PAS Desak SPRM Dedah...

KOTA BHARU - Anggota akar umbi PAS Kawasan Kubang Kerian hari ini mendesak...

VIDEO: Ramai Menangis Tonton...

ORANG selalu kata "cinta itu buta" dan"'cinta itu memerlukan pengorbanan"...Atas dasar pengertian cinta itulah, produksi...

Bekas Anggota Parlimen Tambun...

IPOH - Bekas anggota Parlimen Tambun Datuk Yahaya Shafie, 83, meninggal dunia akibat...

Pengarang Meja Agama Utusan...

KUALA LUMPUR - Pengarang Meja Agama akhbar Utusan Malaysia dan suaminya maut selepas...

500 Pesawah Guar Sanji Kerugian Padi Diserang Penyakit

ARAU – Hampir 500 pesawah di Guar Sanji di sini yang mengusahakan kira-kira 160 hektar sawah padi kerugian besar berikutan tanaman meerka yang hampir boleh dituai diserang penyakit.

Menurut Pengerusi Biro Pengairan Pertubuhan Peladang MADA A1 Guar Sanji, Yusof Othman, tamanan petani-petani terbabit diserang penyakit ‘karak’ dan ‘bom’ yang menyebabkan kerosakan pada batang padi.

Penyakit karak berpunca dari serangan serangga yang menggigit batang padi dan menghisap isi padi muda mengakibatkan pokok padi menjadi layu dan buah tidak berisi.

Penyakit bom pula berpunca dari sejenis hama yang menyerang perdu padi dan menyebabkan pokok padi menjadi kemerahan dan mati seolah-olah seperti terkena serangan bom, kata Yusof kepada Bernama di sini, hari ini.


Beliau berkata kawasan sawah terbabit adalah tanaman musim kedua tahun 2016 yang bermula akhir Ogos tahun lalu yang dituai Disember lepas namun hasilnya merosot lebih separuh.

“Saya bagi pihak petani-petani terjejas merayu kerajaan dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) mempertimbangkan memberi sedikit bantuan sebagai modal untuk mengerjakan sawah musim pertama 2017 yang dijadual bermula bulan Mac atau April ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori