KUANTAN – Enam sekeluarga dari Kampung Sungai Lik, Lipis merupakan mangsa pertama yang dipindahkan di Pahang.
Mereka terdiri daripada seorang lelaki, dua wanita, dua kanak-kanak lelaki dan seorang bayi perempuan yang dipindahkan ke surau kampung berkenaan pada pukul 11 pagi tadi.
“Pemindahan terpaksa dilakukan berikutan air telah meningkat di kawasan kediaman mereka kira-kira satu meter berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam,” kata Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pahang, Zainal Yusoff.
Beliau berkata belum terdapat perpindahan di kawasan lain walaupun paras air sungai utama di beberapa daerah dilapor kian meningkat. – BERNAMA