KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 7,130 orang setakat 8 pagi ini berbanding 6,728 orang malam tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia negeri Pahang, Zainal Yusoff berkata Lipis mencatatkan jumlah mangsa yang paling ramai dipindahkan dengan 2,000 mangsa melibatkan 563 keluarga.
Daerah Temerloh mencatatkan jumlah mangsa banjir kedua tertinggi iaitu seramai 1,996 mangsa, Jerantut (1,078), Rompin (1,033), Bera (417), Maran (362), Pekan (205), Raub (39).
Sementara di Kuantan semua pusat pemindahan telah ditutup berikutan banjir telah surut dan cuaca cerah. – BERNAMA