Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

1MDB: Suami Dedah Umie...

SEPERTI umum mengetahui, suami kepada aktres Datin Seri Umie Aida, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan merupakan...

Polis N.Sembilan Tumpaskan Kongsi...

SEREMBAN - Polis menumpaskan 'Geng 36' ekoran penangkapan 34 anggota kumpulan kongsi gelap...

Siasatan Kes Simbah Asid...

KUALA LUMPUR : Polis masih berusaha untuk mengenal pasti motif kejadian serangan terhadap...

TPM Mahu Tumpuan Juga...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu...

90 Peratus Pemain TRW Anak Jati Kelantan – Annuar

KUALA LUMPUR – “Tidak mengapa kita tidak punya `dream team’ kali ini,” kata penaja pasukan Kelantan musim ini, Tan Sri Annuar Musa.

Annuar yang juga bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkata, beliau menyokong The Red Warriors (TRW) menggunakan 10 pemain berusia bawah 23 tahun kali ini.

Jelas beliau, empat daripada pemain berusia bawah 23 tahun yang akan mewakili pasukan Kelantan terbabit merupakan pemain Piala Presiden yang berlatih dalam skuad senior.

“Saya faham kita tidak seperti Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah, Melaka, Felda dan Pahang.

“Pasukan kita (Kelantan) cukup sederhana dan kita masih perlu mencari dana,” katanya dalam satu kenyataan ditujukan kepada penyokong TRW hari ini.


Justeru, Annuar melahirkan keyakinan kemampuan Kelantan untuk bersaing dalam Liga Super tahun ini dengan hanya menggunakan tenaga anak jati negeri itu.

“Pasukan kita 90 peratus anak Kelantan. Asuh Mereka. InsyaAllah TRW kekal di Liga Super 2017,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori