Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Peniaga Lewat-Lewatkan Bayaran GST...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengingatkan peniaga yang lewat membayar...

Kedah Catat Peningkatan 10.1%...

ALOR SETAR - Kedah mencatat peningkatan 10.1 peratus kes demam denggi atau 87...

Perbicaraan Kes Rogol Exco...

IPOH - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 11 November depan sebagai...

Johan Dikongkong & Dikawal...

BELUM pun reda kontroversi cium mulut di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)...

Abdul Hadi Tiada Karakter Pemimpin PAS – Kit Siang

KUALA LUMPUR – DAP mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang langsung tidak menonjolkan karakter sebagai seorang pemimpin PAS dalam isu segilintir umat Islam dihalang memasuki Amerika Syarikat (AS).

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa, Abdul Hadi berdiam diri berhubung tindakan Presiden AS, Donald Trump mengenakan sekatan masuk kepada pelancong dari tujuh negara Islam selama 90 hari bermula semalam.

“Karakter Abdul Hadi itu lari sepenuhnya daripada watak kepimpinan PAS yang akan menjadi yang pertama mengutuk perkara seperti itu,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kit Siang turut mendakwa sikap Presiden PAS itu menandakan keintiman politik dan kerjasama dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau dalam pada itu menyelar Najib kerana mengutuk pembunuhan kejam umat Islam di Myanmar, tetapi didakwa tidak bersuara apabila Trump menghalang rakyat tujuh negara Islam memasuki AS.


Pemimpin Pakatan Harapan termasuk Kit Siang sejak beberapa hari lalu menyerang hebat PAS gara-gara parti itu menolak pujukan mereka supaya bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

PAS yang disingkirkan daripada pakatan pembangkang dua tahun lalu kerana enggan berkompromi dalam beberapa isu akidah Islam menolak pujukan itu kerana menyifatkan DAP yang mengetuai Pakatan Harapan sebagai anti-Islam. – MYNEWSHUB.CC

Kategori