KOTA KINABALU – Malaysia kehilangan seorang tokoh dan pemimpin yang berpandangan jauh, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, mengenai Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, yang kembali ke Rahmatullah hari ini.
Beliau berkata Allahyarham Adenan merupakan pemimpin yang memahami sentimen rakyat.
“Saya bukan sahaja kehilangan rakan perjuangan, tetapi juga seorang kawan rapat.
“Baik pihak kerajaan negeri dan penduduk Sabah, saya ingin merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga serta penduduk Sarawak atas kehilangan ini,” katanya dalam kenyataan di sini.
Allahyarham Adenan, 72, meninggal dunia pada 1.20 tengah hari di Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan, Kuching. – BERNAMA