Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Jiran Meluat Wanita Gemar...

TIDAK tahan melihat jirannya di Novosibirsk, Rusia gemar jemur bogel di tingkap apartmen,...

Doakan Kesihatan Mat Sentol

JOHOR BAHRU - "Pak Mat kurang sihat dan kami sekeluarga nak kasi (beri)...

Rakyat Indonesia Keluar Mengundi...

JAKARTA - Rakyat Indonesia hari ini mengundi pada pilihan raya umum (Pemilu), bagi...

11 Mangsa Banjir Positif...

RANTAU PANJANG: Seramai 11 mangsa banjir yang disahkan positif COVID-19 diselamatkan anggota Jabatan...

Ahli Fizik UKM Dedah Rahsia Sepakan Ajaib Faiz Subri

KETIKA Institut Sukan Negara (ISN) minggu lalu mengesahkan gol ajaib Mohd. Faiz Subri menepati hukum fizik, seorang ahli fizik matematik tempatan membuktikan rahsia tendangan tersebut.

Mohd. Hafizudin Kamal yang berasal dari Melaka dan menetap di Johor Bahru itu mendedahkan pengiraan secara matematik bagi menghuraikan misteri jaringan bebas oleh pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016 berkenaan.

Teori oleh beliau yang mengajar Pusat Pengajian Fizik Gunaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi, Selangor itu mula disiarkan portal Media Malaysia pada hari Mohd. Faiz kembali dari Zurich, Switzerland semalam.

Ia kemudian menjadi tular apabila dikongsi pelbagai pihak khasnya netizen laman berkaitan bola sepak tempatan sekali gus menjawab Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Dr. Mohd. Khairi Zawi apabila mengulas keunikan jaringan itu.

Baca: Jaringan Faiz Menepati Hukum Fizik – ISN

faiz1

Beliau menyifatkan sepakan bebas lencong oleh Mohd. Faiz sebagai menepati ‘hukum gerakan ketiga Newton’ bagi menewaskan penjaga gol Pahang, Nasril Naurdin di Stadium Bandaraya, George Town pada 16 Februari tahun lalu.

Mohd. Khairi dipetik agensi berita Bernama malah menjelaskan, ‘kesan Magnus’ yang terhasil apabila bola sepakan pemain Pulau Pinang berusia 29 tahun itu berputar mewujudkan satu daya mengikut dan melawan pergerakan bola.

Sependapat dengan ulasan itu, Mohd. Hafizudin yang juga Ahli Fizik Teori dan Matematik di Akademi Sains Islam Malaysia memperincikan ‘kesan Magnus’ dalam bentuk teori huraian kiraan rumusan yang agak lebih mendalam.

Berdasarkan pengiraan, beliau yang memperoleh ijazah kedoktoran Fizik Teori dari Universiti Bristol di England itu membuktikan sepakan Mohd. Faiz ialah ‘curveball’ dan bukan ‘knuckleball’ seperti yang diperkatakan ramai pihak.


fizik

Pada kelaziman, teknik ‘knuckleball’ tidak mengakibatkan pergerakan bola itu melencong, sebaliknya arah bola tersebut akan bergerak secara ‘zigzag’ kerana terkesan daripada impak gelora yang terhasil daripada daya julangan.

Ini turut ditegaskan Mohd. Hafizudin menerusi nota ringkas dengan menyatakan beliau membahagi dua kawasan pergerakan bola Mohd. Faiz itu dan kawasan kedua menyaksikan gol menerjah gawang akibat kesan Magnus.

Bagaimanapun, Mohd. Hafizudin menyifatkan pengiraan beliau itu sekadar teori yang belum dibuktikan namun berharap ia memberi manfaat kepada pemain jika berminat menghasilkan gol cantik seumpama Mohd. Faiz.

Kepada anda yang faham membaca rumusan matematik tersebut, mungkin pengiraan oleh Mohd. Hafizudin ini dapat membantu dalam menambah baik teknik jaringan gol ajaib bertaraf dunia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori