Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Kelindan Lori Didenda RM2,000...

PETALING JAYA - Gara-gara cemburu buta sehingga bertindak memukul isterinya, seorang kelindan lori...

Terima Banyak ‘Dislike’, Sajat...

PENGASAS Let’s Cantik Skincare, Nur Sajat mengakui tidak terkesan dengan kecaman dan jumlah...

L’Oreal Pecat Model Transgender

PARIS - Syarikat kosmetik terkemuka Perancis, L'Oreal memecat model transgender pertamanya selepas beliau...

Tolak Nostalgia Dongeng, Harapan...

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mahu anak muda tidak terbuai...

Air Dari Sungai Buah, Punca Banjir Kilat Di Nilai

SEREMBAN – Limpahan air dari Sungai Buah berhampiran Hentian Sebelah Nilai arah Utara di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dekat sini, dipercayai menjadi punca berlakunya banjir kilat di kawasan tersebut malam semalam.

Ketua Pegawai Operasi Plus Malaysia Bhd, Muhammad Fuad Khusairi berkata berdasarkan laporan, banjir kilat bermula sekitar jam 8.30 malam dan surut satu jam kemudian.

“Kedalaman banjir di kawasan parkir dianggarkan kurang satu meter, manakala di premis menjual makanan dan minuman pula kira-kira beberapa sentimeter,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini hari ini.

Muhammad Fuad berkata sebagai langkah berjaga-jaga, pihaknya telah menasihatkan pengguna agar segera mengalihkan kenderaan dari kawasan berkenaan.

Beliau berkata pihak Plus telah menutup Hentian Sebelah itu buat sementara waktu dan ia dibuka semula sejurus banjir berakhir dan selepas kerja pembersihan selesai.


“Bagi mengelakkan kejadian ini berulang, Plus sedang mengkaji pelan jangka panjang antaranya menjalin kerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran.

“Tujuannya untuk membersihkan mendapan di Sungai Buah dengan lebih kerap dan secara berkala,” katanya. – BERNAMA

Kategori