Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Kunjungi Ketua Menteri...

PERTH - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengunjungi Ketua Menteri Australia...

Penganggur Rangsang 2 Budak...

JIJIK... Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas dua tuduhan merangsang...

Bekas Pegawai Khas Najib...

KUALA LUMPUR - Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sangat...

Fazura Kejar Yang Terbaik,...

TAHNIAH diucapkan buat pelakon jelita Nur Fazura Sharifudin yang berjaya memenangi trofi Pelakon...

Air India Sedia Kerusi Khas Penumpang Wanita

NEW DELHI – Syarikat penerbangan kebangsaan Air India memperkenalkan kerusi khusus untuk penumpang wanita susulan banyak aduan berhubung gangguan seksual ketika dalam pesawat.

Selain itu, pihak pengurusan turut menyediakan plastik khas untuk mengikat penumpang yang benar-benar tidak dapat dikendalikan akibat mabuk minuman keras, tiba-tiba menjadi gila atau kes kecemasan tidak dijangka.

Langkah inovasi itu dilaksanakan mulai 18 Januari ini dengan enam kerusi di kelas ekonomi akan dikhususkan bagi penumpang wanita yang terbang bersendirian sama ada untuk urusan kerja, pelajaran, percutian dan sebagainya.

“Kami berasa sebagai syarikat penerbangan nasional sejak 1946, maka kami bertanggungjawab untuk meningkatkan tahap keselesaan terutama para penumpang perempuan,” kata Meenakshi Mali, seorang jurucakap Air India di sini.

“Banyak penumpang wanita yang didapati perlu mengembara secara sendiri dan ia mendorong kami menyediakan keperluan tempat duduk khusus untuk mereka tanpa mengenakan sebarang kos tambahan,” jelas beliau lagi.

Ketika sebahagian pihak memuji langkah Air India ini, namun ada juga menganggap dasar diambil oleh operator udara itu sebagai salah. Syarikat tersebut memiliki 109 buah pesawat dan terbang ke 89 destinasi di serata dunia.

Air India Sedia Kerusi Khas Penumpang Wanita

“Ini adalah langkah yang salah dan akan memicu diskriminasi jantina. Air India sepatutnya tidak meneruskan hasrat ini,” kata Presiden Persatuan Penumpang Pesawat India, Sudhakara Reddy kepada akhbar ternama The Hindu.


Syarikat udara ketiga terbesar di India selepas IndiGo dan Jet Airways itu pernah menerima rekod dunia Guinness pada 1990 apabila memindah 111,000 mangsa Perang Teluk menerusi 488 penerbangan khas selama 59 hari.

Air India pernah mencatat sejarah dalam isu gender. Pada 2016, ketika hari wanita internasional, penerbangan 173 syarikat itu menjadi yang pertama di dunia untuk destinasi jarak jauh dengan diurus keseluruhannya oleh wanita.

Namun, pada 2015, Air India dikritik teruk banyak pihak setelah memutuskan untuk melarang 125 orang kru kabin wanita daripada berkhidmat di udara kerana dianggap memiliki kelebihan berat badan atau gemuk sangat.

Terdahulu pada 2009 pula, Air India yang kini menggaji hampir 21,000 staf bahkan pernah memecat sembilan pramugari sebab dikatakan berat badan berlebihan yang dibimbangi boleh mengurangkan tahap kejelitaan mereka.

Dan sebelum itu pada 2004, Air India turut dikritik pelbagai pihak kerana menyatakan seorang pramugari konon tidak boleh memiliki kesan luka, jerawat atau tanda lahir semula jadi di wajahnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

  • Lagi berita berkaitan:
  • India

Kategori