Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

“Dah Memang Suara Tak...

PETALING JAYA - Pelakon, Saharul Ridzwan menegaskan, dia tidak akan sesekali menggunakan teknologi...

Bella-Nazim Masih Rahsiakan Tarikh...

KISAH perhubungan pelakon tinggi lampai, Bella Dally dengan Nazim Othman bukan lagi rahsia dalam...

Geely-Proton Sasar Keluar 280,000...

TANJUNG MALIM – Kerajaan menyasarkan pengeluaran kira-kira 280,000 unit kereta bagi pasaran Asia...

Humanoid Robot Khidmat Di...

PYEONGCHANG (Korea Selatan) – Sukan Olimpik PyeongChang 2018 dan Sukan Musim Sejuk Paralimpik...

Akan Ada Menteri Cuba Guna Faiz Subri Untuk Populariti

(Temuramah berikut disiarkan laman Johor Southern Tigers sebentar tadi – 11 Januari 2017)

TEMUBUAL BERSAMA DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BERKENAAN PERSIAPAN JDT, FAIZ SUBRI, KRISIS PASUKAN SELANGOR, BAJET DAN PELANCARAN JERSI JDT

Wartawan : Assalamualaikum dan selamat pagi Tunku. Apa khabar Tunku? Apa pandangan Tunku mengenai perlawanan persahabatan menentang Chonburi FC semalam?

TMJ : Waalaikumsalam. Alhamdulillah saya sihat. Pasukan bermain dengan bagus dalam perlawanan semalam dan Mario Gomez ada melakukan beberapa taktikal baru. Saya juga suka melihat permainan pemain-pemain baru dan kerja keras pasukan amat positif. Chonburi atau kelab-kelab Thailand yang lain juga seperti Buriram United adalah pasukan yang lebih kuat daripada kami. Kita perlu berhadapan dengan pasukan-pasukan seperti ini agar kita ada perlawanan yang kompetitif.

Wartawan : Apa pendapat Tunku berkenaan isu semalam berkenaan Faiz Subri yang menjadi topik hangat di laman media sosial?

TMJ : Saya mengucapkan tahniah kepada beliau, tetapi saya juga tidak mahu mereka leka meraikan kejayaan Faiz Subri hingga lupa dimana tahap bola sepak kita. Jangan berasa selesa berada di langit dengan pencapaian tersebut hingga mengabaikan bola sepak negara kita untuk 6 bulan seterusnya. Itu sahaja. Banyak lagi kerja yang perlu kita lakukan kerana pencapaian bola sepak kita masih jauh ketinggalan. Perkara yang kritikal dalam kehidupan adalah masa. Itu yang saya ingin ingatkan. Tetapi ada 60% yang faham dan 40% yang tidak faham atas kenyataan saya. Saya tidak kisah. Itu terpulang kepada mereka. Saya tidak boleh mengawal pemikiran mereka. Saya ucapkan tahniah kepada Faiz dan buat masa yang sama saya kasihan kepada dia kerana saya tahu selepas ini ada sesetengah pihak media dan menteri-menteri yang akan cuba menggunakan dia untuk populariti mereka. Apa-apa pun saya mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.

BACA: Saya Tidak Mahu Angkat Faiz Setinggi Langit – TMJ

Wartawan : Baik Tunku. Satu lagi perkara Tunku. Tunku kata ingin bajet dalam tahun ini. Tetapi patik lihat ramai pemain baru dan pemain luar negara yang Tunku bawa masuk ke dalam skuad JDT.

TMJ : Ya, saya memang sedang bajet la ni. Tetapi saya terbeli dengan tidak sengaja. Haha..

BACA: FIFA Puskas: Kejayaan Faiz Membanggakan – Khairy

Wartawan : Bagaimana dengan segi kewangan JDT sekarang ini?

TMJ : Alhamdulillah bagus. Kita ada buat simpanan. Kita dapat jual Martin Lucero dalam RM11 Juta, Jorge Pereyra Diaz dan juga kami mempunyai Yayasan JDT. Ini satu tanda positif yang kelab ini boleh membuat duit. Untuk tahun 2017, kita akan ada barangan-barangan rasmi daripada ejen yang dilantik. Ini semua akan dimaklumkan oleh Presiden kita, YAM Tunku Tun Aminah kepada penyokong.


Wartawan : Selain itu, apa sasaran Tunku untuk JDT tahun ini?

TMJ : Seperti biasa, berada empat terbaik dalam Liga Super, suku akhir Piala FA dan Piala Malaysia. Lebih dari itu satu bonus untuk kami. Saya berharap juga melakukan yang terbaik di saingan ACL. Jika tidak kita masih berada dalam saingan Piala AFC. Untuk berada di dalam saingan AFC untuk tiga tahun berturut-turut adalah satu pencapaian tertinggi dan saya hargai pencapaian tersebut.

Wartawan : Apa pendapat Tunku mengenai Kelantan, Selangor dan lain-lain pasukan yang ada isu kewangan.

TMJ : Saya memang mengetahui Kelantan mempunyai salah pengurusan kewangan. Tetapi saya tidak mahu masuk campur hal tersebut. Saya amat sedih melihat situasi Selangor kerana Selangor pasukan legenda dan kaya dengan sejarah. Ia adalah penting untuk pasukan kuat seperti Selangor, Kedah dan Pahang berada dalam pertandingan liga ini.

BACA: Poster Ucapan Tahniah Noh Omar Untuk Faiz Dikecam

Wartawan : Ada apa-apa mesej untuk penyokong di luar sana?

TMJ : Kita akan ada satu Majlis Pelancaran Jersi baru kami pada 12hb Januari 2017. Apa-apa pun untuk musim ini dan musim-musim yang akan datang saya mahu penyokong “enjoy the show” dan berdiri teguh di belakang pasukan.

Wartawan : Baiklah Tunku. Terima kasih Tunku.

TMJ : Sama-sama.

Kategori